Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk 'Cloud Computing'. Contoh ayat : Cloud computing means using multiple server computers via a digital network, as though they were one computer. | Belum ada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah cloud computing. Istilah tersebut boleh digunakan tetapi ditaip dengan cetakan condong/italik. | Istilah | 18.07.2011 |
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk cloud computing? | Padanan cloud computing ialah pengkomputeran awan. | Istilah | 08.11.2011 |
Apakah itu Cloud Computing? | Padanan istilah bahasa Melayu untuk cloud computing ialah pengkomputeran awan. Pihak kami tidak mempunyai huraian tentang istilah tersebut. | Istilah | 19.06.2012 |
Salam. Apakah istilah sasar bagi "Cloud Storage" dan "Cloud Computing"? | Cadangan perkataan yang sesuai bagi perkataan cloud storage dan cloud computing ialah storan awan dan pengkomputeran awan. | Istilah | 07.10.2020 |
Tuan yang berkenaan, Apakah terjemahan yang betul untuk istilah 'Cloud Computing' dan 'Cloud Services' bagi bidang komputer/IT? Saya telah mencari di dalam Carian Kata namun gagal menjumpainya. Terima kasih | Belum ada lagi istilah cloud dalam bidang Komputer atau Teknologi Maklumat, manakala dalam bidang-bidang lain seperti Fizik, Kejuruteraan dan Komunikasi istilah cloud diterjemahkan kepada awan. Berdasarkan istilah tersebut kami cadangkan padanan cloud computing dan cloud services ialah pengkomputeran awan dan servis awan. | Istilah | 17.08.2011 |
Salam, Saya ingin mendapatkan penterjehaman yang rasmi mengenai istilah dalam IT iaitu "Cloud Computing" yang telah mula di perluaskan perkhidmatannya. | Padanan Clou Computing dalam bahasa Melayu ialah Pengkomputeran Awan. | Istilah | 16.01.2012 |
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasih | Semua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi; 3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh). | Istilah | 19.07.2018 |
Mohon terjemahan bagi yang frasa Inggeris dalam ayat berikut: Bagi mendepani Revolusi Perindustrian Keempat, institusi perlu menguasai 11 'enabling technologies' yang berikut: 1. Big Data Analytics (Analisis Data Raya?) 2. Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) 3. Augmentd Reality (Realiti Terimbuh) 4. Additive Manufacturing (Pembuatan Bahan Tambah) 5. Cybersecurity (Keselamatan Siber) 6. Systems Integration (Integrasi Sistem / Sistem Bersepadu?) 7. Internet of Things (Internet Benda) 8. Simulation (Simulasi) 9. Advanced Materials (Bahan Canggih?) 10. Autonomous Robots (Robot Berautonomi) 11. Cloud Computing (Pengkomputeran Awam) Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. Big Data Analytics - Analisis Data Raya 2. Artificial Intelligence - Kecerdasan Buatan 3. Augmentd Reality - Realiti Terimbuh 4. Additive Manufacturing - Pembuatan Bahan Tambahan 5. Cybersecurity - Keselamatan Siber 6. Systems Integration - Sistem Bersepadu 7. Internet of Things - Internet Benda 8. Simulation - Simulasi 9. Advanced Materials - Bahan Termaju 10. Autonomous Robots - Robot autonomi 11. Cloud Computing - Pengkomputeran Awam 12. enabling technologies - Teknologi pemboleh Terima kasih
| Makna | 03.10.2018 |
Salam. Apakah terjemahan "cloud" dalam bahasa Melayu (konteks IT atau komputer). Contoh ayat: "Direct link to your settings in the cloud" (Pautan langsung kepada tetapan anda di awan?) | Dalam bidang Teknologi Maklumat, istilah clod computing diterjemahkan kepada pengkomputeran awan. Klik cloud">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cloud dan klik domain Istilah Malaysia untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2014 |