Pertempuran Concord berlaku pada 19 April 1775, menandakan pertempuran yang kedua antara kumpulan patriot dengan pihak Inggeris dalam Revolusi Amerika. Peperangan ini mula meletus berhampiran Lexington, Massachusetts. Semasa musim sejuk sebelumnya, orang Amerika telah mengumpul bekalan ketenteraan sebagai persiapan jika berlakunya peperangan. Kerajaan Inggeris mengarahkan ketua turus angkatan tenteranya di Boston , Leftenan Jeneral Thomas Gage, untuk memusnahkan simpanan bekalan di Concord. Pada malam 18 April, Gage menghantar 700 orang tentera di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Francis Smith untuk melaksanakan arahan ini. Tetapi, Paul Revere dan William Dawes memberi amaran kepada penduduk di kawasan itu bahawa tentera Inggeris sedang mara. |