Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah ayat berikut ini betul? Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat.Ayat Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat betul cuma pangkal huruf pada perkataan jadual waktu hari ditulis dengan huruf kecil sahaja kerana.Tatabahasa26.03.2010
Mohon pencerahan berkenaan dengan penggunaan kata setakat dan sehingga, yang manakah betul? "Bilangan penerima bantuan setakat 30 April 2015" atau "bilangan penerima bantuan sehingga 30 April 2015?" Terima kasih.Setakat dan sehingga membawa maksud yang sama, iaitu sampai ke had.Tatabahasa13.05.2015
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan?

1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya.

2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut.

Tatabahasa06.04.2011
Penggunaan ayat yang mana lebih tepat, 1 atau 2? 1) Transaksi tol 100% elektronik di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 2) Transaksi tol tanpa tunai (100% elektronik) di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa02.03.2017
Susulan soalan 19 April 2012. Apakah ayat ...'dengan' harga RM6,000... itu salah, atau masih boleh diterima pakai tetapi cuma yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. Terima kasih.untuk makluman 'dengan' harga RM6,000... itu masih boleh diterima. walau bagaimanapun jawapan yang paling tepat menggunakan 'pada' harga.Tatabahasa25.04.2012
Muhd Nazarul Raziman 26HB APRIL 10.33 PTG Muhd Nazarul Raziman Muhd Assalamualaikum Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Minta maaf menganggu & nak tanya soalan sikit. Soalan 1. Di Dewan Pustaka & Bahasa belah Selatan iaitu Johor Bahru (larkin) itu tiada yang pegawai bertugas ke? 2. Adakah bila kita hantar permohonan pengiklanan kita atau mengambil pengiklanan tersebut itu kami perlu mengambil melalui Pak Guard tersebut disana? 3. Adakah kita tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru larkin pada jam 3.30petang? 4. Adakah Pak Guard yang memberikan semua pengiklanan yang telah disahkan oleh Pegawai yang bertugas? 5. Memang tak ada pegawai yang bertugas ke di Dewan Bahasa & Pustaka Larkin tu sebab telefon tak ada orang yang angkat? Saya nak ingatkan dari segi kualiti servis yang diberikan oleh sesetengah golongan minoriti dalam bidang pekerjaan seperti ini. Saya sangat kecewa apabila saya sampai ke Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru Larkin saya disambut oleh seorang Pengawal Keselamatam dengan tanpa senyum dan tanpa menyambut. Lalu beliau bertanyakan pada saya "nak buat apa?".begitu saja????? Lalu saya terangkan untuk proses penghantaran dan pengambilan lesen pengiklanan yang telah disahkan. Jadi saya pula ingin menambah satu lagi pengiklanan yang sama hanya ada beza sedikit saja dari segi gambar. Lalu Pak Guard tidak membenarkan permohonan saya. Jadi saya memohon bantuan pada Pak Guard tersebut, tapKami ambil maklum aduan tuan dan terlebih dahulu kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk makluman, permohonan iklan di DBP Wilayah Selatan dibuat melalui saluran sedemikian kerana kekangan tugas pegawai. Walau bagaimanapun perkara ini kami ambil perhatian dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk menambah baik perkhidmatan yang kami berikan. Kami berusaha untuk mencari penyelesaian dan memberi keselesaan bagi kedua-dua belah pihak.Lain-lain26.04.2017
Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2012 menggunakan perkataan internet. Penggunaan huruf besar sebagai huruf pertama perkataan itu menunjukkan majalah itu menganggap Internet ialah kata nama am. Jawapan Khidmat Nasihat pula menunjukkan Internet dianggap sebagai kata nama khas dan kata nama am. Adakah Internet tergolong sebagai nama khas sahaja atau dapat juga menjadi nama am dalam keadaan yang tertentu?Untuk makluman tuan, berdasarkan kesepakatan ahli jawatankuasa istilah bidang komunikasi dan multimedia, kata internet bukanlah merupakan kata nama khas lagi kerana tersebut telah pun diterima umum dan digunakan secara meluas. Oleh yang demikian, kata tersebut telah diterima sebagai kata nama am dan dieja dengan menggunakan huruf kecil.Lain-lain13.04.2012
Bayaran sebelum atau pada 1 April 2019.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Tatabahasa05.11.2018
Soalan dimurnikan: Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2012 menggunakan perkataan internet. Penggunaan huruf kecil (bukan *huruf besar)) sebagai huruf pertama perkataan itu menunjukkan majalah itu menganggap Internet ialah kata nama am. Jawapan Khidmat Nasihat pula menunjukkan Internet dianggap sebagai kata nama khas dan nama am. Adakah Internet tergolong sebagai nama khas sahaja atau dapat juga menjadi kata nama am dalam keadaan yang tertentu? (Mohon abaikan soalan yang terdahulu.)Dalam Kamus Dewan, Internet ialah kata nama khas dan dieja dengan huruf besar. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan17.04.2012
Salam sejahtera. Saya guru tadika dari Singapura ingin mencari buku kanak-kanak sebagai buku panduan mengajar . Boleh saya tahu jika pameran buku yang berlangsung sekarang ini di PWTC ada menjual buku seperti yang disebutkan saya tadi? Terima kasih.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan boleh terus datang ke gerai DBP 3250 hingga 3255 dan 3262 hingga 3267 di Dewan Tun Razak 3. Puan boleh terus membelinya di sana. Ada pelbagai buku kanak-kanak dengan potongan harga yang istimewa. Moga maklumat ini dapat mambantu puan. Pba.png 28 APRIL.png 29 APRIL.png 30 APRIL.pngLain-lain24.04.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata April