Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud wadah paling berkesan?wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan.Makna16.10.2007
1) Wadah manakah yang sesuai bagi saya menghantar karya saya seperti cerpen atau sajak yang bertemakan remaja dan kanak-kanak? 2) Bagaimana caranya atau syarat-syarat untuk saya menghantar hasil tulisan saya.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Kami amat berbesar hati atas minat puan untuk menghantar karya bertemakan kanak-kanak dan remaja. Sekiranya karya tersebut berupa novel atau koleksi cerpen, puan boleh menghantarnya ke Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA), Tingkat 21, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Sekiranya karya puan dalam bentuk sebuah cerpen atau sajak, maka puan boleh menghantarnya ke DBP untuk disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa atau Tunas Cipta mengikut kesesuaian. Sekiranya puan berhajat untuk menghantar kepada penerbit selaian DBP, puan boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak editorial majalah seperti Bintang Kecil, Anis dan sebagainya.

2. Untuk mengetahui tentang cara atau syarat-syarat menghantar karya tersebut, sila hubungi alamat seperti yang tertera di bawah, iaitu bagi penerbitan DBP:

Editor Tunas Cipta, Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Editor Dewan Siswa, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Editor Dewan Pelajar, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

 

Lain-lain08.07.2010
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
1. Apa beza wahana dan wadah? 2. Akan membeli rumah Firdaus, kalau mendapat pinjaman daripada kerajaan. Betul atau salah ayat ini?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud wahana ialah saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai). Wadah pula ialah alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Ayat tersebut salah kerana tidak mempunyai subjek.Tatabahasa18.09.2008
Assalamualaikum Tuan, Saya ada satu soalan berkaitan slogan di bawah Bahasa Kebangsaan Wadah Pemersatuan Bangsa Adakah pemersatuan bangsa boleh digunakan menyatakan maksud menyatukan bangsa.
Cadangan slogan "Bahasa Kebangsaan Wadah Pemersatuan Bangsa" adalah betul. Mengikut Kamus Dewan, kata "pemersatuan" membawa maksud mempersatukan sesuatu. 
Makna27.08.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya mengenai Majalah Wadah. Bagaimana untuk mengetahui laman web majalah tersebut dan cara untuk mendapatkannya. Terima kasih atas maklum balaa pihak tuan.Salam puan budiman,

Untuk makluman, Majalah Wadah (Keluaran DBP Cawangan Sabah), telah diterbitkan dalam bentuk edigital, sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan maklumat majalah tersebut, pihak puan bolehlah menghubungi:

Puan Hadine Yunus Gadong,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah
088-439314
hadine@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain05.01.2020
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP bahawa adakah 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam ayat 'Semangat kebangsaan tersebut terbukti apabila mereka sanggup bergabung parti dalam suatu wadah politik nasional untuk kepentingan perpaduan bangsa sesuai dengan slogan Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dan Bersekutu Bertambah Mutu.' ialah peribahasa dan apakah maksudnya dan juga maksud bagi frasa 'dalam suatu wadah politik'. Terima Kasih. (ayat tersebut dipetik daripada buku yang berjudul Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia daripada A. Aziz Derman dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001. ) Terima Kasih.Dari aspek bahasa, frasa "Bersekutu Bertambah Mutu" betul dan slogan tersebut telah mantap penggunaannya bagi sebuah organisasi. Tidak ada maksud "dalam satu wadah politik" dalam data kami, apa yang dapat kami bantu adalah dengan memberi maksud kata demi kata, dan kata yang agak sukar difahami ialah wadah yang bermaksud medan. Maka frasa tersebut bolehlah diungkapkan sebagai "dalam satu medan politik". Untuk mendapatkan tafsiran yang lain tentang maksud frasa-frasa berkenaan seperti dari aspek sains politik, tuan boleh merujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan aspek berkenaan.Tatabahasa04.12.2014
Salam sejahtera. Pertandingan permainan tradisional itu telah menjadi ________ untuk saling bertukar pengalaman. Apakah perkataan yang sesuai diisi dalam ayat itu (wadah atau medium), Dan adakah ayat itu gramatis?Ayat yang betul ialah "Pertandingan permainan tradisional itu telah menjadi wadah untuk saling bertukar pengalaman."Lain-lain04.06.2023
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama

1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok.  2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.  3. Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut.   4.  Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa5. Manifestasi -  perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;  watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan   6.Wadah -  alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat   7. sirna - hilang, lenyap, musnah   8. Mencanai membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin   9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah   10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut.

Makna02.08.2009
istilah "showcase"Padanan showcase dalam bahasa Melayu ialah wadah.Istilah23.02.2011
Tesaurus
 
wadah (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: balang

2. Bersinonim dengan alat: asas, medan, saluran, media.,