Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baik beralas baik tidak, Gumbur-gumbur dalam puan; Baik balas baik tidak, Kita berhamba dengan tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Inang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam sirih dalam telaga, Pisang rastali atas raga; Sekalian waris tidak suka, Baik kita berwalikan raja.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Penat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata %0Atidak baik%3B