Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato Seri / Dato Sri / Datuk / Dato / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato Seri / Dato Sri / Datuk / Dato / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih.Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula.Tatabahasa15.02.2019
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai pengunaan Darjah Kebesaran atau gelaran Dato' dan Datuk/Datuk Seri dalam penulisan. Soalan pertama, apa perbezaan Dato' dan Datuk? Kedua, sekiranya orang kenamaan dianugerahkan Dato' (oleh Sultan di negerinya) dan Datuk Seri (Darjah Seri Mahkota Wilayah oleh Yang DiPertuan Agong), gelaran manakah harus diutamakan apabila kita hendak memanggil mereka atau menulis kepada mereka dalam bentuk pengumuman, emel atau surat? Akhir sekali adakah bagi hakim atau peguam yang menggunakan Yang Amat Arif bolehkah kita menambah gelaran kehormat seperti Datuk atau Dato' di belakang nama mereka juga sekiranya mereka dianugerahkan gelaran tersebut? Contohnya Yang Amat Arif Dato'/Datuk Seri.

1.     Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak  mempunyai sultan.

2.     Lazimnya gelaran yang akan digunakan ialah gelaran yang lebih tinggi, iaitu Datuk Seri atau Dato’ Seri.

3.     Gelaran Yang Amat Arif boleh diikuti dengan pangkat seperti Yang Amat Arif Dato’ atau Datuk Seri.

Makna12.08.2021
yang manakah betul penggunaannya? datuk professor @ professor datuk? contoh: datuk professor dr siti musliha @ professor datuk dr siti musliha (yg mana satu betul?)

Mengikut protokol, jawatan (Profesor) mendahului gelaran (Datuk) seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Siti Musliha. Walau bagaimanpun penerima boleh memilih untuk mendahului gelaran di hadapan nama seperti YBhg. Datuk Profesor Dr. Siti Musliha. Oleh itu, tentang penggunaan jawatan dan gelaran ini ada baiknya saudara merujuk kepada empunya nama tersebut.

Ejaan10.09.2011
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna."

a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar.

b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya.

Ejaan31.10.2011
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
Datuk I & Datuk IIDatuk I - bapa kepada seseorang Datuk II - Gelaran kehormat kpd. orang yang berpangkat atau bermartabat tinggiLain-lain23.03.2007
Saya ingin bertanya, di dalam dialog berikut sama ada perkataan 'datuk', 'ayah' dan 'ibu' ditulis dengan huruf besar atau kecil: "Adam rindulah kepada datuk. Bila datuk hendak datang ke rumah Adam? Nanti Adam suruh ayah dan ibu ambil datuk, ya!" kata Adam dengan penuh kesungguhan.Perkataan datuk, ayah dan  ibu ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata.Tatabahasa24.05.2013
Apa perbezaan antara Raja dan Sultan. Jika seorang lelaki mendapat gelaran Datuk, isterinya mendapat akan digelar Datin. Jika seorang wanita dpt gelaran Datuk cth. Datuk Nicole David, apa pula gelaran suaminya.?Dalam hal ini, suami kepada yang bergelar Datuk tidak menerima apa-apa gelaran, tidak sama seperti isteri kepada yang bergelar Datuk.Lain-lain03.04.2014
Selamat petang. Apakah gelaran untuk abang kepada datuk? Terima kasih.Gelaran untuk abang kepada datuk ialah datuk saudara.Lain-lain29.10.2022
Kependekan: tidak = tak, untuk = tuk, engkau = kau, nenek = nek. Bolehkah datuk (orang tua, bukan Datuk gelaran kebesaran) dipendekkan menjadi tuk? Jikalau boleh ayat ini betul: Dia cucu Datuk Mamat = Dia cucu Tuk Mat?Datuk boleh dipendekkan menjadi tok, menjadi Tok Mamat atau Tok Mat.Tatabahasa04.09.2011
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata %0Adatuk