Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
molecular sieveBahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif.
large porous particle (LPP)Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan.
short range orderSusunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang.
giant magnetoresistance (GMR)Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api.
small peptideSebatian kimia yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih asid amino, tetapi tidak melebihi 10 asid amino melalui ikatan kovalen dengan mengikat kumpulan karboksil daripada salah satu asid amino dengan kumpulan amino daripada sebatian asid amino bersebelahannya. Sebatian ini terdapat secara tabii dalam tisu biologi atau dapat juga dihasilkan secara sintetik. Manakala, protein yang mengandungi 50 - 100 asid amino ialah peptida besar. Sinonim ligopeptida.
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.



Lihat selanjutnya...