Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah empat kaki lagi tersaruk.

Takrif

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung). tersaruk = tersandung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Takrif

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.

Takrif

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.

Takrif

Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?

Takrif

Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar.

Takrif

Usaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.

Takrif

Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan.

Takrif

Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.

Takrif

Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap.

Takrif

Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.



Lihat selanjutnya...