Tata ialah nama sebuah keluarga ternama dalam industri dan perdagangan di India. Jeejibhoy Jamshedji Tata (17831859) ialah usahawan utama. Dia lahir daripada keluarga Parsee yang miskin di negeri Baroda yang beraja. Dia mendapat kekayaan dalam bidang perniagaan eksport kerana wawasan komersial dan kerja keras. Dia juga yang memulakan tradisi keluarganya sebagai penderma kerja amal. |