Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
tata/amalan foggingtataamalan penyabutanEjaan27.01.2011
Saya Mahamdee Bin Hasan belajar Bahasa Melayu dasar, Universiti Fatoni ingin tertanya tentang tata bahasa Pengertian tata bahasa mabbin terimakasih
Tiada maklumat berkaitan dengan Tatabahasa Mabbin dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah "MABBIM" yang merujuk akronim bagi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia.
Makna03.11.2015
Tataurusan atau tata urustataurusanEjaan29.08.2013
perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih.1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.

2. 
Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana.

Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat;
Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog;
Keberhasilan peng­gunaan istilah banyak bergantung pada masya­rakat penggunanya; 
Tatabahasa26.09.2013
semakan penggunaan tata banhasa malaysia yang tepat!Penggunaan bahasa dalam iklan itu betul, untuk pengesahan klik domain http://10.1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx.Lain-lain17.06.2013
semakan penggunaaan tata bahasa malaysia yang betul untuk papan iklan luaranSila pinda "BERSAMA, MALAYSIA DAN GE MENJANA KEMAJUAN" menjadi " MALAYSIA DAN GE BERSAMA MENJANA KEMAJUAN".

Sila ke ruangan "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan setelah membuat pindaan.
Tatabahasa15.06.2013
apakah maksud tata krama?Tatakarma bermaksud aturan, susunan atau sistem semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia.Makna24.05.2010
tatacara atau tata cara perlindungan atau pelindungan saguhati atau sagu hati kakitangan atau kaki tanganTatacara, perlindungan, sagu hati, kakitangan.Tatabahasa06.10.2009
Apakah perbezaan ketara antara Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah dengan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia yang ditulis oleh Hassan Alwi? Umum mengetahui Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik untuk menghuraikan konsep tatabahasa, apakah pula pendekatan yang digunakan dalam Tata bahasa bahasa Baku Indonesia?Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kertas kerja seminar bahasa atau makalah yang ada membincangkan ciri-ciri dan perbandingan antara dua buku tatabahasa tersebut.Lain-lain01.06.2013
Apakah maksud bagi perkataan tatakelola? Apakah ejaan yang betul iaitu tata kelola atau tatakelola?Tatakelola bermaksud tadbir urus jika padanan bahasa Inggerisnya governance. Kata tatakelola dieja rapat sama seperti kata yang berawalan tata- yang lain seperti tatacara, tatanegara dan tatahukum. Untuk memperoleh makna dan maklumat berkaitan sesuatu kata, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).Ejaan17.07.2023
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tata