Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah istialah "urus tadbir"? Bolehkah perkataan urus tadbir digunakan seperti berikut: Institut Pengajian Urus Tadbir? | Istilah yang tepat ialah tadbir urus bagi padanan "governance". Sehubungan dengan itu, nama yang lebih sesuai ialah Institut Pengajian Tadbir Urus. | Istilah | 14.05.2016 |
Manakah yang betul dan tepat, urus tadbir atau tadbir urus? Terima Kasih. | Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance" | Istilah | 16.06.2012 |
Istilah mana yang lebih tepat: tadbir urus atau urus tadbir? | Istilah yang tepat ialah tadbir urus | Istilah | 15.06.2017 |
Adakah pernyataan yang betul adalah "tadbir urus" atau "urus tadbir" mengikut Hukum D-M ? Mohon pencerahan. Terima kasih . :) | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tadbir urus. | Istilah | 13.02.2016 |
Apakah yang dimaksudkan dengan Pembantu Tadbir? | Salam sejahtera, Terdapat empat skim perkhidmatan yang mempunyai gelaran Pembantu Tadbir. Skim perkhidmatan tersebut ialah: 1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dahulunya dikenali sebagai Kerani 2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dikenali juga sebagai Personal Assistant kepada seseorang pegawai 3. Pembantu Tadbir Rendah dikenali juga sebagai Jurutaip 4. Pembantu Tadbir Tanah yang berkhidmat dengan jabatan yang melaksanakan urusan yang berkaitan dengan pengurusan tanah. Terima kasih. | Lain-lain | 08.10.2008 |
1. Minyak Diesel atau minyak diesel. Adakah ianya nama khas atau nama am ? 2. Ejaan yang betul. Adakah Walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun ? 3. Tadbir urus atau urus tadbir ? | 1. minyak diesel 2. walau bagaimanapun 3. Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance". | Ejaan | 12.02.2015 |
Salam. 1. Adakah governan boleh diistilahkan sebagai tadbir urus? Ayat: mempraktikkan faktor-faktor governan yang baik dalam program khidmat masyarakat? Perbezaan governan dan tadbir urus ada beza ke? 3. ayat:bertambahnya pengantaramukakan antara pihak berkepentingan pengantaramukakan wujudkah dalam bahasa melayu. | - Istilah yang tepat ialah “tadbir urus”. Berdasarkan data kami, istilah “tadbir urus” merupakan padanan bagi istilah “governance”.
- Penggunaan kata pemeri “ialah” pada contoh ayat yang diberikan adalah betul.
- Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan pengantaramukaan yang bermaksud proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung. Namun, istilah ini digunakan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah campur tangan.
| Tatabahasa | 22.12.2021 |
Salam. adakah governan boleh diistilahkan sebagai tadbir urus? Ayat: mempraktikkan faktor-faktor governan yang baik dalam program khidmat masyarakat? Perbezaan governan dan tadbir urus apa ya? Kedua ialah program kitar, Ketiga ialah perkembangan program kitar semula, Keempat ialah usaha pengurangan .Adakah betul penggunaan ialah? Ayat: bertambahnya pengantaramukakan antara pihak berkepentingan. Adakah perkataan pengantaramukakan betul? | - Istilah yang tepat ialah “tadbir urus”. Berdasarkan data kami, istilah “tadbir urus” merupakan padanan bagi istilah “governance”.
- Penggunaan kata pemeri “ialah” pada contoh ayat yang diberikan adalah betul.
- Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan pengantaramukaan yang bermaksud proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung. Namun, istilah ini digunakan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah campur tangan.
| Tatabahasa | 20.12.2021 |
penggunaan perkataan "daripada" atau "dari". Contohnya. Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir Gred N41 daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan. atau Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir GN1 dari Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan. | Penggunaan yang betul ialah daripada, Puan Rohaya binti Ali, Pegawai Tadbir Gred N41 daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan. | Tatabahasa | 07.10.2021 |
1)tadbir 2)kawal selia | 1)mentadbir 2)mengawal selia/pengawalseliaan | Istilah | 19.01.2011 |