Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
salam 1 Malaysia, soalan saya: apakah perkataan yang lebih sesuai untuk ayat berikut: "bagi" atau "dalam" contoh 1 : Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah bagi tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. contoh 2 : Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah dalam tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar. tq

Salam,

Ayat yang betul ialah "Namun begitu, keputusan analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi guru dalam subkonstruk Pengurusan bilik darjah bagi tiga angkubah demografi iaitu jantina, lokasi dan pengalaman mengajar."

Tatabahasa17.08.2015
Manakah ayat yang betul? Nilai t adalah/ialah 0.87 dan tidak signifikan...Ayat yang betul: Nilai t ialah 0.87.Lain-lain11.01.2007
Salam sejahtera, tuan/puan. Mohon untuk menyemak tatabahasa untuk teks ini: Tag Bahasa Melayu perlu disertakan pada metadata lagu, panduan, atau halaman yang dicipta menggunakan Bahasa Melayu serta pada mana-mana halaman yang mengandungi jumlah teks signifikan dalam bahasa tersebut.Ayat yang betul ialah Penandaan bahasa Melayu perlu disertakan pada metadata lagu, panduan dan halaman yang dicipta menggunakan bahasa Melayu atau mana-mana halaman yang mengandungi teks yang signifikan dalam bahasa tersebut.Tatabahasa08.01.2024
Tuan/Puan, Saya memohon pandangan untuk mendapatkan perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia mengenai frasa ini: "Key Audit Matters". Ia merupakan terma dalam bidang pengauditan yang merujuk kepada perkara-perkara utama yang diberi perhatian yang signifikan semasa pengauditan dijalankan. Mohon bantuan untuk frasa yang sesuai dalam Bahasa Malaysia, cadangan: "Perkara Utama Audit". Mohon mendapat maklum balas seberapa segera yang boleh sebelum 3 Mac 2018. Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan Perkara Utama Audit untuk Key Audit Matters boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan01.03.2018
Salam... Saya amat berminat dengan bahasa dan penulisan. Apakah saluran yang betul untuk saya ikuti jika ingin menjadi salah seorang penulis tamu di DBP? Terima kasih.

Karyawan Tamu boleh dilantik  daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan yang boleh menyumbang ke arah memperkaya ilmu dan ketemadunan bangsa,  di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa, selaras dengan perkembangan terkini dan mendatang.

Individu  yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan kertas cadangan tentang karya yang hendak dihasilkan. Kertas cadangan hendaklah mengandungi maklumat tentang biodata penulis, judul karya, sinopsis karya, isi kandungan karya dan kaedah kajian.

Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:

Ketua

Bahagian Pembangunan  Penerbitan,

Tingkat 13, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Pelaksana akan bermesyuarat untuk menilai dan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak permohonan.

Lain-lain04.09.2010
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasihIni bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya.Tatabahasa07.08.2015
Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan. Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifiken pada elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jatidiri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
[(Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan.) Ayat ini tergantung kerana tiada subjek.]
Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifikan dengan elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jati diri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
Tatabahasa23.05.2014
Ayat yang diberikan oleh orang lain.Apakah cara membetulkan kesalahan bahasa.Bolehkah saya tahu akan kesalahan bahasa dalam ayat yang di bawah? Selanjutnya,kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian.Impaknya,hubungan jiran tetangga akan menjadi salah satu benteng yang menebal untuk menuju ke arah kebaikan dari segi ekonomi negara.Kita dapat meningkatkan taraf kehidupan diri sendiri yang lebih baik.Melihat kepada senario masyarakat kontemporari,mereka akan memodifikasi perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.Maka,tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Menyoroti skop perbincangan yang seterusnya,negara tidak memainkan peranan yang signifikan untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita.Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain.Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan.Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan.Jadilah,tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk.Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.

Di samping itu, kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian. Impaknya, hubungan jiran tetangga akan renggang.

Melihat kepada situasi masyarakat kontemporari, mereka mengubah perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.

Maka, tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah kurangnya kerjasama dalam melaksanakan kehidupan seharian.

 

(Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan. Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan. Jadilah, tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk. Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.) - Ayat ini perlu dibaiki dari segi fakta. Mohon betulkan tatabahasa dan makna) 



Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak tatabahasa bagi tugasan karangan.

Harap maklum.  
Tatabahasa08.07.2021
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata signifikan