Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mohon pencerahan berkenaan perkataan sebutharga atau Sebut Harga atau sebut harga?? adakah dua perkatan atau satu perkataan? | Yang betul ialah sebut harga. | Ejaan | 26.05.2014 |
Apakah perbezaan antara "baca" dan "sebut"? Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang sama makna dengan "baca" dan 'sebut"? Terima kasih | Sila lihat makna perkataan baca melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baca dan makna sebut melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sebut. DBP tidak menyediakan perkhidmatan carian kata dalam bahasa Inggeris. | Makna | 18.09.2014 |
Bagaimana sebut waktu dalam sistem 24 jam seperti berikut: 1. jam 1600 2. jam 0025 3. jam 0000 4. jam 0303 Terima kasih | Sebutan waktu dalam sistem 24 jam ialah 1. jam 1600 = jam 1600, 2. jam 0025 = jam 12.25 tengah malam, 3. jam 0000 = jam 12 tengah malam, 4. jam 0303 = jam 3.03 pagi. | Lain-lain | 15.11.2010 |
Dalam BM, bolehkah kita sebut "mengundurkan tangan"? Atau semestinya dan hanya sebut "menarik balik tangan"? | Frasa yang betul ialah “...menarik balik tangan”. | Tatabahasa | 19.01.2015 |
Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen, proses akan bermula jika sebut haraga disetujui... Bagaimana saya boleh dapat tahu sebut harga assignment ini? | Lihat Lampiran | Lain-lain | 15.05.2012 |
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih. | Ejaan yang betul ialah sebut harga. | Ejaan | 11.05.2011 |
perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah ditulis macammana? surat setujuterima dan dokumen sebutharga atau dijarakkan seperti tulisan awal di atas. | Perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah dieja dalam dua perkataan. | Tatabahasa | 13.01.2011 |
untuk menunjukkan nilai murdni, istilah yang digunakan ialah sifat sabar atau sifat bersabar? | Perkataan "sabar" lebih sesuai apabila mengikuti perkataan "sifat". Contohnya kita sebut "sifat malas", kita tidak sebut "sifat bermalas", "sifat rajin" bukan "sifat berajin" atau "sifat tabah" bukan "sifat bertabah". | Tatabahasa | 12.03.2014 |
perkataan penyebutharga wijud atqau tidak | Tidak ada contoh penggunaan perkataan penyebut harga dalam pangkalan data kami. Jika ingin merujuk pihak yang mengeluarkan sebut harga, boleh menggunakan perkataan orang atau syarikat yang membuat sebut harga. | Istilah | 05.01.2016 |
adakah perkataan majmuk seperti sebut harga, senarai hitam dieja rapat jika diapit? Contoh : penyebutharga, disenaraihitam atau disenaraihitamkan? berkuatkuasa atau berkuat kuasa? | Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Oleh itu, “sebut harga”, “senarai hitam”, “penyebut harga” dan “berkuat kuasa” dieja terpisah. Walau bagaimanapun, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya: senarai hitam – disenaraihitamkan Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 72 hingga 75. | Tatabahasa | 04.03.2024 |