Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TUK LUKUS | TUK LUKUS, orang yang dianggap berwibawa, dihormati dan berpengaruh dalam masyarakat Iranun. Perkataan lukus bererti tua atau sudah tua. Oleh itu telah menjadi satu tradisi dalam budaya Iranun, untuk menjadikan orang tua tempat mengadu dan menyelesai masalah yang timbul dari semasa ke semasa dalam masyarakat. Biasanya, masalah yang dirujuk kepada tuk lukus untuk penyelesaian adalah yang berkaitan dengan hukum adat, jenayah, pertengkaran suami isteri, pembahagian harta pusaka dan harta sepencarian dan sebagainya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
|
|