Kata |
Takrif |
Sumber |
rundingan | 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantah | perkelahian, pertengkaran; ~-bentah = ~-bentuh bermacam-macam pertengkaran;berbantah berkelahi, bertengkar (mulut);berbantah-bantah berselisihan: jika kamu ~ dlm sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kpd al-Quran dan Sunah;membantah menentang, melawan (pendapat): dia tidak ~, hanya air matanya yg menitik;membantahi tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah: kerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yg tertentu;membantahkan, memperbantahkan berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan: apa yg kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;terbantahkan dapat dibantah: prinsip yg tidak ~;bantahan 1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini;perbantahan pertengkaran, perdebatan: pd suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;pembantahan perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;pembantah 1. orang yg membantah; 2. suka membantah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertengkaran | perbuatan atau hal bertengkar; perbalahan; perbantahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertengkaran | perihal bertengkar: rundingan telah membawa kpd ~ dan ~ pula membawa kpd perkelahian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertengkaran | perbuatan atau hal bertengkar; perbalahan; perbantahan. | Kamus Pelajar |
gaduh I | 1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau(kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelahi | pertengkaran, perbalahan, pergaduhan; sehabis ~ teringat silat prb setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yg baik menyelesaikannya; berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; memperkelahikan 1. menyebabkan (orang) berkelahi; 2. merebutkan (memperjuangkan) sesuatu dgn berkelahi; 3. melawan berkelahi, menyerang; perkelahian pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekcok | /cékcok/; bercekcok saling menyatakan perbezaan pendapat antara satu dgn yg lain; berbantah; bertengkar: Jangan suka ~ dgn teman-teman. mempercekcokkan menjadikan sesuatu sbg bahan pertengkaran; memperbantahkan: Ia sering ~ soal-soal kecil yg tidak penting. percekcokan pernyataan pendapat yg berbeza; perbuatan bercekcok; perbantahan; pertengkaran: Antara kedua-dua orang itu, berlaku ~ yg tidak pernah selesai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkelahian | pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percekcokan | pertengkaran, perselisihan, perkelahian: ramai orang yg mengetahui ~ yg berlaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
wrangle | n pertengkaran: there were constant ~s between them over money, pertengkaran ttg wang sentiasa berlaku antara mereka; have a ~, bertengkar, bertekak: they had a ~ over who was to pay the bill, mereka bertengkar ttg siapa yg sepatutnya membayar bil itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
sparring | 2. (argument) pertengkaran, perbalahan: weve had enough of this ~ between you two, kami sudah cukup bosan dgn pertengkaran antara kamu berdua. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
argument | n 1. quarrel, dispute, pertengkaran, bertengkar, bertegang leher, berbantah; (involving younger family member, subordinate, etc) membantah, melawan: in the middle of a heated ~ he stormed out of the room, di tengah-tengah pertengkaran yg hangat itu dia mengamuk lalu keluar dr bilik; the child did as he was told without ~, anak itu membuat spt yg disuruh dgn tdk melawan; 2. debate, discussion, perdebatan, memperdebatkan: the two men spent hours on philosophical ~s, dua orang lelaki itu telah menghabiskan masa berjam-jam dlm perdebatan yg berunsur falsafah; it has been proved beyond ~ that..., telah dibuktikan dan tdk dapat diperdebatkan lagi bahawa...; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wrangling | n pertengkaran, bertengkar, bertekak: after bitter ~ the matter was finally settled, selepas bertengkar dgn teruk, akhirnya perkara itu dapat diselesaikan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
altercation | n pertengkaran, perbalahan, perbantahan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
tiff | n slight quarrel, pertengkaran kecil; have a ~, bertengkar kecil. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
long-drawn-out | adj berpanjangan, berlarutan: a ~ argument, pertengkaran yg berpanjangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hassle | n (colloq) 1. heated argument, pertengkaran; 2. difficulty, struggle, kesusahan; be a ~, susah: its a real ~ getting to work by bus, susah betul pergi kerja naik bas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
spat 1 | n (US), (colloq) petty quarrel, tiff, bercakar, pertengkaran (kecil): the boy had a ~ with his elder brother at the breakfast table, budak itu bercakar dgn abangnya semasa sarapan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stop | put a ~, menghentikan: lets put a ~ to all this bickering, marilah kita hentikan pertengkaran kecil ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
controversialist | pertengkaran | Sejarah | Tiada | Orang yang menimbulkan perdebatan atau pertikaian sama ada tentang kejadian, benda, tokoh dan sebagainya mengikut tafsiran sejarah. |
argumentation matter | perkara yang membawa pertengkaran sahaja | Undang-undang | Tiada | Tiada |
polemic | polemik; muzakarah; munadzarah | Sejarah | Tiada | Perbahasan, pertengkaran umum, atau pertelingkahan pendapat khususnya dalam media seperti akhbar atau forum umum. |
low comedy | riawara kasar | Komunikasi | Korporat | Jenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kandungannya yang hanya sesuai untuk khalayak dewasa. Sinonim komedi kasar. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tut | kentut; ~ jadi taei (kentut jadi tahi) prb mula-mula gurau senda, akhirnya jadi pertengkaran atau perkelahian; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pertengkaran | [per.teng.ka.ran] | ڤرتڠکرن |
|
|