Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak berat diampu.

Takrif

Tidak perlu ribut-ribu tentang kerja yang tak penting.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Takrif

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menuangkan air ke laut.

Takrif

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menambak gunung, menggarami laut.

Takrif

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memberi garam kepada laut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membuang garam ke laut.

Takrif

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Memberi lauk kepada orang membantai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memberi garam kepada laut.

Takrif

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Bandingkan dengan: Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti buku gaharu.

Takrif

Orang yang memperlihatkan keunggulannya apabila perlu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memberi lauk kepada orang membantai.

Takrif

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak usah itik diajar berenang.

Takrif

Orang yang sudah tahu tak perlu diajar. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak diajar anak buaya berenang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.

Takrif

Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,