Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat mana yang betul: (1) Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. (2) Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. | Ayat "Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan" dan "Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan". Kedua-duanya ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 20.08.2022 |
(Orang ramai di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) ATAU (Ramai orang di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani.) Antara yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul? | Orang ramai sama maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang. Merujuk ayat saudara, ayat pertama adalah betul, iaitu Orang ramai (masyarakat) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. Ayat kedua kurang tepat kecuali jika ditukarkan menjadi, Banyak orang (bukan ramai orang) di dunia ini mengamalkan yoga untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan rohani. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menyisipkan peribahasa dalam ayat supaya gramatis? Adakah petikan di bawah dianggap gramatis? Isu kesihatan mental semakin kerap terpampang di dada-dada akhbar tempatan. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, hal ini terbukti apabila Berita Harian melaporkan bahawa bilangan pesakit mental di hospital kerajaan yang terdiri daripada remaja berumur 13 hingga 16 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus. | Peribahasa boleh dimasukkan dengan cara berikut: 1. Memilih peribahasa yang sesuai. 2. Menggunakan penanda wacana atau penanda memasukkan peribahasa seperti “bak kata pepatah/bak kata peribahasa”. 3. Pastikan maksud yang ingin disampaikan boleh diwakili oleh peribahasa yang dipilih. Ayat yang lebih sesuai ialah “ Isu kesihatan mental semakin kerap terpapar di akhbar tempatan. Bak kata pepatah, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Hal ini terbukti apabila Berita Harian melaporkan bahawa bilangan pesakit mental di hospital kerajaan yang terdiri daripada remaja berumur 13 hingga 16 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus.” | Lain-lain | 21.01.2024 |
sya ingin mengetahui maksud bagi perkataan kognitif dan psikomotor. | Psikomotor ialah istilah psikologi, iaitu pergerakan tubuh yg berkaitan dgn aktiviti mental. Kognitif berkaitan dgn kognisi, iaitu proses mental utk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu. | Makna | 30.07.2007 |
Ayat: ... mendarab secara mental, iaitu secara congak/mencongak. ayat yang betul ialah secara congak atau mencongak? | Terima kasih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, kedua-dua kata sesuai digunakan untuk ayat yang dikemukakan. Terima kasih. | Lain-lain | 11.01.2007 |
Memandangkan kepentingan aritmetik mental, pengkaji bercadang agar... Soalan: Adakah penggunaan kata 'Memandangkan kepentingan' perlu diganti dengan kata yang lebih sesuai? | 'Memandangkan kepentingan' boleh digunakan. Selain itu, boleh juga digunakan 'memandangkan keperluan'. | Lain-lain | 11.01.2007 |
Sekolah A mempunyai sampel 'belajar' aritmetik mental yang paling banyak... Seramai 39 orang telah diambil sebagai sampel. Soalan: Adakah perlu 'belajar' diganti dengan 'pelajar', 'pembelajaran', 'pelajaran' atau 'pengajaran' ? | Terima kasih keranan menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, ayat yang dikemukakan oleh saudara ini boleh digunakan memandangkan ayat ini sudah boleh difahami dan digunakan. Terima kasih. | Lain-lain | 11.01.2007 |
maksud psikologi | Psikologi bermaksud: kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; | Makna | 16.07.2009 |
UCMAS Education Group Adalah satu intitute swasta yang memberi program mental aritmetik. Dalam process Semasa kita membuat lesen permohonan untuk papan tanda kami menghadapi beberapa masalah untuk mengesahkan cawangan yang kita miliki di bawah tajuk "Pusat Tuisyen" atau "Pusat Perkembangan Minda". Harap dapak bantuan daripada Dewan Bahasa Pustaka mengesahkan untuk saya. Terima Kasih. | Pusat tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Pusat perkembangan minda memberikan tumpuan dalam memperkembangkan daya berfikir yang sama sekali tiada persamaan dengan pusat tuistyen. | Lain-lain | 19.07.2012 |
Apakah maksud melankolia? | Maksud melankolia ialah penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan. Atau Kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran. | Makna | 19.02.2010 |