Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
LURAH GELINCIRAN BESARUMUM
LURAH

Lurah, kawasan tanah rendah yang diapit oleh dua buah bukit atau gunung.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
TANAH TANDUS

Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada

bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang

terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat

mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di

kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan

kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh

alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun

bukit juga memainkan peranan untuk membentuk

tanah tandus.

UMUM
TASIK EDWARD

Tasik Edward ialah salah satu daripada punca

Sungai Nil. Ia terletak di lurah gelinciran bahagian

tengah Afrika di antara Uganda dengan Zaire.

Sebahagian besar tasik ini berada di wilayah Zaire.

Panjang Tasik Edward kira-kira 64 kilometer dan

lebarnya 51 kilometer dan meliputi keluasan 2150

kilometer persegi.

UMUM
TASIK NYASA

Tasik Nyasa ialah tasik yang terletak paling

selatan dalam rangkaian tasik air tawar besar di

Lurah Sesar Besar di timur Afrika. Ia terletak lebih

kurang 640 kilometer ke pedalaman dari Lautan

Hindi. Tasik Nyasa, juga dikenali sebagai Tasik

Malawi , mengalir ke Lautan Hindi melalui Sungai

Shire dan Sungai Zambezi (lihat Malawi ).

UMUM
TEROWONG PELABUHAN SYDNEY

Terowong Pelabuhan Sydney , di New South

Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat

hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke

utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek

tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah

syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun,

termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter

melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah

yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri

daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah

sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik.

Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan

Ogos 1992.

UMUM
CERUN

Cerun, permukaan bumi yang condong yang dapat dinyatakan mengikut  sudut kecondongan dalam darjah atau peratusan. Terdapat beberapa jenis cerun, seperti cerun bukit, cerun gunung, dan cerun lurah sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
1
Tesaurus
 
lurah (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanah rendah: lembah

2. Bersinonim dengan alur: lekuk, galur, oreng.,