Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana betul, 'purata keuntungan' atau 'keuntungan purata' | Kedua-duanya betul, cuma bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 24.08.2009 |
Apakah maksud " seorang itu memilih segmen yang menjanjikan keuntungan"? Contoh ayat: Pemasar memilih segmen yang menjanjikan keuntungan dan memfokuskan usaha pemasaran bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna segmen. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "segmen" ialah "bahagian atau penggal." Contoh segmen yang dimaksudkan di sini seperti segmen radio, berita dan sebagainya yang memberikan keuntungan apabila melakukan pemasaran yang dikehendaki. | Makna | 21.12.2021 |
Motosikal tersebut dijual tanpa mengambil keuntungan atau untung? Masa bila nak letak imbuhan apitan ke....an? | Dalam contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan iaitu untung dan keuntungan betul. Apitan ke-...-an boleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu: 1. Bergantung pada konteks ayat. 2. Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Contohnya perkataan keuntungan yang merupakan perihal beruntung. | Tatabahasa | 29.03.2021 |
pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian adalah kerana perubahan harga emas di pasaran adalah kerana atau yang disebabkan oleh/ disebabkan oleh? | Ayat yang betul ialah Pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh perubahan harga emas di pasaran. | Tatabahasa | 13.11.2016 |
apakah maksud memaksimakan keuntungan firma? | Sila rujuk syarikat atau badan kewangan untuk mendapatkan maksud frasa tersebut atau rujuk buku-buku yang berkaitannya ataupun IPTA/IPTS. Frasa yang betul ialah "memaksimumkan keuntungan firma". | Makna | 14.08.2009 |
apakah peribahasa yg mempunyai maksud berikut : 1. mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 2.bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yg bernar 3.apabila menyedari bhw kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha utk membetulkannya | Peribahasa yang sesuai untuk mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka ialah bulan jatuh ke riba. Manakala ertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang benar ialah berani kerana benar. Sila rujuk Kamus Peribahasa Melayu karya Abdullah Hassan untuk mengetahui maksud atau peribahasa yang sesuai. Harap maklum. | Makna | 16.07.2008 |
Salam Sejahtera, Ingin saya bertanya kepada pihak DBP. Adakah non-profit association membawa maksud pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Dari segi maksudnya betul non-profit association bermaksud pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan. Dari segi istilah non-profit association boleh diterjemahkan kepada persatuan bukan untung sama seperti non-profit organization yang diterjemahkan kepada organisasi bukan untung. | Istilah | 05.02.2014 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah terjemahan bahasa Melayu yang betul untuk "profit crediting date" ialah "tarikh pengkreditan keuntungan"? Saya telah membuat carian di laman sesawang PRPM tetapi tidak menjumpai akan perkataan "pengkreditan". Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu yang betul bagi perkataan profit crediting date ialah tarikh perkreditan keuntungan. | Istilah | 13.11.2019 |
perbezaan antara koperasi dan royalti | Koperasi ialah syarikat yang dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan,dsb) dengan faedah dan keuntungan dikongsi bersama. Royalti ialah bayaran tertentu yang dibuat oleh penerbit kepada pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka yang terjual ; perkongsian keuntungan seperti dalam pengusahaan lombong, telaga minyak atau ciptaan jentera. | Makna | 15.02.2008 |
Apakah maksud menjamin peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan? | Mohon berikan persoalan tentang bahasa Melayu agar pihak kami dapat memberikan jawapan yang diperlukan. | Lain-lain | 19.11.2021 |