Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RASISME

Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia

boleh dibahagikan menurut ras dan anggota,

sesetengah ras berkedudukan lebih rendah

daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini

melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah

lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya

atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai

penganut faham rasisme atau rasis. Rasis

mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri

adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral

atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh

sebab mereka mengandaikan bahawa mereka

adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka

berhak mendapat hak istimewa.

UMUM
RAS, MANUSIA

Ras, Manusia atau bangsa manusia. Semua

manusia adalah dari keturunan manusia yang

hidup ratusan ribu tahun dahulu. Oleh itu, kita

semua berkongsi leluhur yang sama. Ini bermakna

bahawa semua manusia yang tinggal di dunia hari

ini berkaitan dengan satu sama lain. Walaupun kita

semua berkaitan, kita tidak kelihatan serupa. Badan

kita berbeza saiz dan bentuknya, kulit kita berbeza-beza

warnanya, mata kita berbeza warna dan

bentuknya, bibir dan hidung kita berbeza

bentuknya, dan rambut kita berbeza warna dan

teksturnya.

UMUM
RASTAFARIAN

Rastafarian ialah ahli Ras Tafari, iaitu

pergerakan agama dan politik yang bermula di

kepulauan Caribbean di Jamaica pada tahun 1920-

an.

UMUM
MYRDAL, GUNNAR

Myrdal, Gunnar (18981987) ialah ahli sosiologi

dan ekonomi Sweden. Dia terkenal melalui

kajiannya tentang masalah utama dunia. Bukunya,

An American Dilemma: The Negro Problem and

Modern Democracy (1944) dianggap sebagai

kajian yang luar biasa tentang hubungan ras di

Amerika Syarikat. Kajian Myrdal tentang

pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara

mundur telah menghasilkan penulisan berjudul

Asian Drama: An Inquiry into the Poverty of

Nations (1968). Buku itu cuba menghuraikan punca

terlalu ramai penduduk miskin di bahagian

selatan Asia dan tindakan yang boleh dilakukan.

UMUM
EMIRIAH ARAB BERSATU

Emiriah Arab Bersatu ialah persekutuan tujuh

negeri merdeka di barat daya Asia. Negeri-negeri

ini terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung

Arab di hujung selatan Teluk Parsi. Dari barat ke

timur, negeri tersebut ialah Abu Dhabi, Dubayy

(juga dieja Dubai), Ash Shariqah, Ajman, Umm al

Qaywayn, Ras al Khaymah, dan Al Fujayrah.

UMUM
MANUSIA PERAK

MANUSIA PERAK, rangka manusia yang lengkap dan tertua di Asia Tenggara. Rangka manusia lelaki yang berusia antara 40 hingga 45 tahun ini adalah daripada ras Australomelanesoid. Nama Manusia Perak bersempena dengan tempat rangka itu ditemui iaitu di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manusia Perak ditemui dalam keadaan in-situ dan mempunyai pentarikhan kronometrik. Dengan itu, data dapat digunakan untuk penganalisisan dan interpretasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
PALANG MERAH

Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas

untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih

daripada 170 buah negara mempunyai persatuan

Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan

kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau

bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh

dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka.

Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan

semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk

semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan

agama.

UMUM
1
Tesaurus
 
ras
Rujuk :puak