Kata |
Takrif |
Sumber |
rundingan | 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantah | perkelahian, pertengkaran; ~-bentah = ~-bentuh bermacam-macam pertengkaran;berbantah berkelahi, bertengkar (mulut);berbantah-bantah berselisihan: jika kamu ~ dlm sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kpd al-Quran dan Sunah;membantah menentang, melawan (pendapat): dia tidak ~, hanya air matanya yg menitik;membantahi tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah: kerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yg tertentu;membantahkan, memperbantahkan berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan: apa yg kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;terbantahkan dapat dibantah: prinsip yg tidak ~;bantahan 1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini;perbantahan pertengkaran, perdebatan: pd suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;pembantahan perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;pembantah 1. orang yg membantah; 2. suka membantah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertengkaran | perbuatan atau hal bertengkar; perbalahan; perbantahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertengkaran | perihal bertengkar: rundingan telah membawa kpd ~ dan ~ pula membawa kpd perkelahian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertengkaran | perbuatan atau hal bertengkar; perbalahan; perbantahan. | Kamus Pelajar |
gaduh I | 1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau(kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelahi | pertengkaran, perbalahan, pergaduhan; sehabis ~ teringat silat prb setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yg baik menyelesaikannya; berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; memperkelahikan 1. menyebabkan (orang) berkelahi; 2. merebutkan (memperjuangkan) sesuatu dgn berkelahi; 3. melawan berkelahi, menyerang; perkelahian pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekcok | /cékcok/; bercekcok saling menyatakan perbezaan pendapat antara satu dgn yg lain; berbantah; bertengkar: Jangan suka ~ dgn teman-teman. mempercekcokkan menjadikan sesuatu sbg bahan pertengkaran; memperbantahkan: Ia sering ~ soal-soal kecil yg tidak penting. percekcokan pernyataan pendapat yg berbeza; perbuatan bercekcok; perbantahan; pertengkaran: Antara kedua-dua orang itu, berlaku ~ yg tidak pernah selesai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perkelahian | pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percekcokan | pertengkaran, perselisihan, perkelahian: ramai orang yg mengetahui ~ yg berlaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
argument | n 1. quarrel, dispute, pertengkaran, bertengkar, bertegang leher, berbantah; (involving younger family member, subordinate, etc) membantah, melawan: in the middle of a heated ~ he stormed out of the room, di tengah-tengah pertengkaran yg hangat itu dia mengamuk lalu keluar dr bilik; the child did as he was told without ~, anak itu membuat spt yg disuruh dgn tdk melawan; 2. debate, discussion, perdebatan, memperdebatkan: the two men spent hours on philosophical ~s, dua orang lelaki itu telah menghabiskan masa berjam-jam dlm perdebatan yg berunsur falsafah; it has been proved beyond ~ that..., telah dibuktikan dan tdk dapat diperdebatkan lagi bahawa...; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
altercation | n pertengkaran, perbalahan, perbantahan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hassle | n (colloq) 1. heated argument, pertengkaran; 2. difficulty, struggle, kesusahan; be a ~, susah: its a real ~ getting to work by bus, susah betul pergi kerja naik bas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hot | 3. angry, panas (hati): dont get ~ over a silly argument, jangan naik panas krn pertengkaran bodoh itu; 4. excited, ardent, panas (berahi); 5. sexually exciting, seks yg hangat: theyve cut out the ~test scenes in the film, mereka telah memotong adegan-adegan seks yg paling hangat dlm filem itu; 6. exciting, intense, hangat: the ~test part of the campaign, waktu yg paling hangat kempen itu; the battle for custody of the child grew ~ter, perebutan utk mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak itu bertambah hangat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
battle royal | n 1. battle involving several combatants, /pertempuran, pertarungan/ besar-besaran; 2. violent argument, /perdebatan, pertengkaran/ /hangat, berapi-api/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exit | vi go out, keluar; (of actor, actress) keluar dr pentas: she ~ed quickly after the argument, dia bergegas keluar selepas pertengkaran itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
heated | adj 1. become warm or hot, menjadi panas; 2. excited, impassioned, hangat; (of person) panas: a ~ argument, pertengkaran hangat; she gets very ~ whenever the subject is brought up, dia naik panas setiap kali perkara itu di timbulkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
heat | ~ - proof, ~ - resistant, tahan panas; in the ~ of, (fig.) dlm suasana /panas, hangat/: in the ~ of the argument he called me a bastard, dlm suasana panas pertengkaran itu, dia memanggil saya bangsat; in the ~ of the moment, when extremely but temporarily angered, dlm keadaan terlampau marah: his father hit him in the ~ of the moment, dlm keadaan terlampau marah, bapanya memukulnya; on ~, (US) in ~, berahi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eternal | adj 1. everlasting, abadi, kekal: ~ bliss, kebahagiaan yg abadi; 2. (colloq) incessant, tak /henti-henti, habis-habis, sudah-sudah/: ~ bickering, pertengkaran yg tak henti-henti; 3. absolute, mutlak: this is one of the ~ truths of nature, ini ialah satu drpd kebenaran alam yg mutlak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
give | ~ in, mengalah; (of rebels, freedom fighters, etc) menyerah kalah: one of you has to ~ in, otherwise the argument may go on for hours, salah seorang drpd kamu mesti mengalah, kalau tdk, pertengkaran ini akan berterusan berjam-jam lamanya; ~ st in, /menyerahkan, menghantar/ sst; (sos name) memberikan nama: the essays must be ~n in by Thursday, esei-esei itu mesti diserahkan selewat-lewatnya hari Khamis; someone must have ~n my name in as I saw it on the list, ada orang yg telah memberikan nama saya krn saya melihatnya dlm senarai itu; ~ in os resignation, meletakkan jawatan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tut | kentut; ~ jadi taei (kentut jadi tahi) prb mula-mula gurau senda, akhirnya jadi pertengkaran atau perkelahian; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pertengkaran | [per.teng.ka.ran] | ڤرتڠکرن |
|
|