Kata |
Takrif |
Sumber |
nusa | negeri tempat tumpah darah; tanah air: ~ dan bangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nusa | 1. pulau: ~ Tenggara; 2. tanah air, tanah tumpah darah: mempertahankan ~ dan bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nusa | negeri tempat tumpah darah; tanah air: ~ dan bangsa. | Kamus Pelajar |
nasionalis | orang yg mencintai nusa dan bangsanya, pencinta bangsa, patriot: dia memang seorang ~, dan sentiasa mengikuti perkembangan politik di negeri ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjual bangsa | pengkhianat kpd nusa dan bangsa | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkhidmat | 1 berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2 bekerja; bertugas: Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbakti | berbuat bakti (kpd), berjasa: ~ kpd nusa dan bangsa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendurjanaan | perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjual | orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkhidmat | 1. berbuat khidmat; berbakti: ~ kpd nusa dan bangsa. 2. bekerja; bertugas:Beliau telah ~ sbg guru selama tiga puluh tahun. | Kamus Pelajar |