Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahGlosari Matematik Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
pengelasanperihal atau perbuatan me­ngelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkawananberkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengganas1 menjadi ganas; berlaku ganas: Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2 menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkawan-kawanberkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengganas1. menjadi ganas; berlaku ganas:Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2. menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh.Kamus Pelajar
berkawan1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri);Kamus Dewan Edisi Keempat
sulit1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terang­terangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang se­lalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesu­sahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganas1 galak dan suka menyerang (umumnya binatang): Mereka berjaya menangkap dan mengurung harimau yg ~ itu. 2 selalu marah serta dgn bengisnya; tidak bertimbang rasa sama sekali: Raja itu sangat zalim dan ~. mengganas 1 menjadi ganas; berlaku ganas: Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2 menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh. keganasan keadaan atau sifat ganas; kebengisan: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi korban ~ itu. pengganasan perbuatan mengganas atau hal berlaku ganas: ~ komunis itu telah dpt dipatahkan oleh pasukan tentera. pengganas orang yg mengganas; penjahat: Dua orang ~ komunis telah ditembak mati subuh-subuh tadi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
karbonil; kumpulan ~ (Kim) kumpulan C=O yg terdapat dlm sebatian spt keton, gula dan asid organik.Kamus Dewan Edisi Keempat
golong; menggolongkan membahagi-bahagikan kpd beberapa kelompok; memasukkan ke dlm kumpulan: Mereka telah ~ para peserta mengikut umur masing-masing. tergolong termasuk dlm sesuatu kumpulan atau kelompok. golongan himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. penggolongan perbuatan menggolongkan (kpd kumpulan atau kelompok).Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,

Puisi
 

Anak Cina main gelombang,
     Nampak dari Tanjung Jati;
Tuan umpama bunga yang kembang,
     Sentiasa hidup di dalam hati.

Anak beruk di kayu rendang,
     Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
     Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
     Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
     Intan bernama payung negeri.



Lihat selanjutnya...