Kata |
Takrif |
Sumber |
halusinasi | pengalaman melihat, mendengar, merasai dsb sesuatu yg sebenarnya tidak wujud, akibat gangguan kesihatan atau fikiran, atau kerana pengambilan dadah: Dadah boleh menyebabkan ~. berhalusinasi mengalami halusinasi: Dia meracau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
halusinasi | pengalaman seolah-olah dapat melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu yg sebenarnya tidak wujud akibat gangguan kesihatan (fikiran) atau pengambilan dadah: penggunaan dadah boleh menyebabkan penggunanya mengalami ~; berhalusinasi mengalami halusinasi: dia meracau-racau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhalusinasi | mengalami halusinasi: Dia meracau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhalusinasi | mengalami halusinasi: dia meracau-racau dan ~ bertemu dgn manusia zaman purba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikedelik | (psikédélik) 1. (Ubat) menyebabkan atau mengakibatkan halusinasi (bkn dadah): dadah ~; 2. (S.Lukis) mempunyai pelbagai warna yg sangat terang atau garang, dan bentuk yg berbelit-belit spt yg diilhamkan melalui khayalan (bkn lukisan abstrak, hiasan, pakaian dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
flakka | sejenis dadah sintetik yg menyebabkan penggunanya mengalami halusinasi, mempunyai kekuatan atau keberanian yg luar biasa, hilang kewarasan dan rasa sakit sehingga mengakibatkan kecederaaan dan kematian. | Kamus DBP versi dalam Talian |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hallucination | n halusinasi, rayan: it wasnt a ghost, it was just a ~, itu bukannya hantu, itu hanya halusinasi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hallucinatory | adj menyebabkan /halusinasi, rayan/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
synesthesia | sinestesia | Perubatan | Psikiatri | Persepsi sekunder yang berpunca daripada persepsi primer. Contohnya, halusinasi pendengaran berpunca daripada halusinasi penglihatan. |
hallucination | halusinasi | Kejururawatan | Tiada | Persepsi sensori penglihatan, pendengaran, penghiduan, rasa atau sentuhan tentang sesuatu yang tidak wujud. Keadaan ini mungkin dialami oleh pesakit mental atau kesan sampingan sesetengah ubat. |
tactile hallucination | halusinasi taktil | Perubatan | Psikiatri | Gangguan persepsi berkaitan dengan deria sentuh atau deria rasa pada permukaan kulit, seperti merasakan sesuatu yang merayap di atas atau di bawah kulit. |
pseudohallucination | pseudohalusinasi | Perubatan | Psikiatri | Fenomena yang bukan halusinasi sebenar, seperti hipnagogik dan hipnopompik yang boleh berlaku terhadap individu normal. |
delirium | delirium/racauan | Kejururawatan | Tiada | Gangguan mental dicirikan terutamanya oleh salah amatan, halusinasi dan rangsangan serebrum. Keadaan ini sering terjadi semasa demam panas, kecederaan kepala dan keadaan toksik. |
psychotic symptom | simptom psikotik | Perubatan | Psikiatri | Gejala penyakit yang dapat dilihat seperti delusi, halusinasi, tingkah laku yang tidak normal atau percakapan yang tidak menentu. |
twilight state | keadaan samar-samar | Perubatan | Psikiatri | Keadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi. |
twilight state | keadaan samar-samar | Perubatan | Psikiatri | Keadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi. |
positive symptom | simptom positif | Perubatan | Psikiatri | Gejala yang biasa dialami oleh pesakit psikosis, seperti halusinasi, delusi dan tingkah laku ganas. |
aura | aura | Kejururawatan | Tiada | Amaran sebelum serangan epilepsi dan migrain. Contoh, aura epilepsi mungkin terdiri daripada halusinasi, olfaktori, penglihatan, auditori atau cita rasa. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
nupey | halusinasi | TETAW | |
Kamus Sains.indb masa tertentu. (KOM) deletrious genes (gen pincang) Gen yang mengandungi mutasi, yang menjejaskan penghasilan hasil gen yang utuh. (BIO) delirium (delirium/racauan) Gangguan mental yang dicirikan terutamanya oleh salah amatan, halusinasi dan rangsangan serebrum. Racauan sering terjadi semasa demam panas, ke- cederaan kepala dan keadaan toksik. (UBAT) degree of shaliness delirium Kamus Sains.indb 268 7/8/08 11:48:46 tak sah) Lihat unauthorized program. (KOM) illicit drug (dadah terharam) Dadah yang penggunaannya diharamkan oleh pihak pemerintah kerana dadah tersebut boleh menimbulkan ketagihan atau kesan buruk pada pemikiran se- perti halusinasi dan euforia yang seterusnya boleh menimbulkan gejala sosial yang buruk. Contohnya, heroin, morfina, LSD (lisergida) dan ganja. (UBAT) illite (ilit) Mineral lempung yang terbentuk hasil proses luluhawa terhadap mineral mika
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
halusinasi | [ha.lu.si.na.si] | هالوسيناسي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
halusinogen | hallucinogen | Ubat yang boleh menyebabkan halusinasi. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata halusinasi |
|
|