Kata |
Takrif |
Sumber |
gaduh III | Kd bersusah payah: tak usah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaduh II | Kl terburu-buru, tergesa-gesa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangak II | Mn gaduh, hingar, kacau, recok, rusuh; merangak membuat gaduh (kacau, recok, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaduh | 1 hura-hura atau gempar kerana perkelahian dll: Mereka berbuat ~ kerana harga barang-barang terlalu tinggi. 2 berasa gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab; berasa tidak tenteram: Pak cik jangan ~, anak pak cik ini akan segera sembuh. Tiap-tiap hari, dia ~ sakit kepala. bergaduh 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. menggaduhkan 1 membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan: Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2 menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau? pergaduhan perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaduh | 1. huru-hara atau gempar kerana perkelahian dll: Mereka berbuat ~ kerana harga barang-barang terlalu tinggi. 2. berasa gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab; berasa tidak tenteram:Pak cik jangan ~, anak pak cik ini akan segera sembuh. Tiap-tiap hari, dia ~ sakit kepala. bergaduh 1. berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2. berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. menggaduhkan 1. membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan:Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2. menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau? pergaduhan perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. | Kamus Pelajar |
gaduh I | 1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau(kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaki gaduh | orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaki gaduh | (orang yg) suka bergaduh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuat gaduh | a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencari gaduh | berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, pertengkaran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fight | a ~ to the finish, perjuangan mati-matian; pick a ~, cari gaduh; put up a ~, make a ~ of it, melawan, menentang; show ~, menunjukkan semangat hendak melawan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fire-eater | n 1. (performer) pemakan api; 2. (colloq) quarrelsome person, kaki gaduh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
gero | gaduh | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
gaduh | pedalow [pdalow] | Melanau Dalat | |
gaduh | pergaduhan pakalahian. | kedayan | |
gaduh | bergaduh bakalahik, batangka; | kedayan | |
gaduh | kalahik; | kedayan | |
gaduh | lihat perelu. | Melanau Mukah | |
kelarew | gaduh | TETAW | |
kaki | ~ gaduh kaki kalahik; | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
gaduh | [ga.duh] | ݢادوه |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaduh; |
|
|