Kata |
Takrif |
Sumber |
etnik | (étnik) bkn bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yg hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yg sama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencabar | orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
etnosentrisme | (étnoséntrisme) (Ant) pandangan atau sikap yg percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd golongan atau kebudayaan etnik lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernenekmoyangkan | mempunyai seseorang (keturunan atau golongan tertentu) sbg nenek moyang: terdapat kahwin campur antara etnik yg ~ rumpun Melayu dr Kepulauan Melayu dgn etnik India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenek moyang | keturunan kita yg dahulu-dahulu, orang-orang dahulu yg menurunkan kita, leluhur; bernenekmoyangkan mempunyai seseorang (keturunan atau golongan tertentu) sbg nenek moyang: terdapat kahwin campur antara etnik yg ~ rumpun Melayu dr Kepulauan Melayu dgn etnik India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
etno- | (étno) awalan asing ras, etnik atau budaya, mis etnografi dan etnologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
etnomuzikologi | (étnomuzikologi) kajian tentang muzik pelbagai etnik dan budaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pogrom | penganiayaan (penghapusan) secara terancang sesuatu kumpulan etnik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masyarakat majmuk | masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghetto | (géto) 1. kawasan bandar yg didiami oleh sesuatu etnik atau kumpulan sosial minoriti, biasanya hidup dlm keadaan miskin, perumahan yg sesak dan daif, terasing dsb: ~ bukan sahaja dikaitkan dgn kualiti tempat kediaman yg merosot dan usang, tetapi juga dgn ciri-ciri kaum yg menghuninya; ramai pekerja kulit hitam yg terpaksa tinggal di ~ di Chicago, Detroit atau New York; 2. kawasan di sesebuah bandar raya di Eropah yg dahulunya menjadi tempat kediaman penduduk Yahudi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ethnic | adj 1. rel to racial, tribal or national group, etnik: ~ groups, kumpulan-kumpulan etnik; 2. traditional, asli, tradisional: ~ dances, tarian-tarian asli; ~ music, muzik tradisional. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
ethnic minorities | minoritas etnik | minoriti etnik | minoriti etnik | Sains Politik |
ethnic rationalism | rasionalisme etnik | rasionalisme etnik | rasionalisme etnik | Sains Politik |
ethnic politics | kepolitikan etnik | politik etnik | politik etnik | Sains Politik |
ethnic party | partai etnik | parti etnik | parti etnik | Sains Politik |
ethnic minority | minoritas etnik | minoriti etnik | minoriti etnik | Sains Politik |
ethnic group | kelompok etnik | kumpulan etnik | kumpulan etnik | Sains Politik |
ethnic-nationalism | nasionalisme etnik | nasionalisme etnik | nasionalisme etnik | Sains Politik |
ethnic cleansing | pembersihan etnik | penghapusan etnik | pembersihan etnik | Sains Politik |
ethnic transposition | silangganti etnik | silangganti etnik | silangganti etnik | Antropologi |
ethnic prejudice | prasangka etnik | prasangka etnik | prasangka etnik | Antropologi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ethnic nationhood | kenegaraan rumpun etnik | Sejarah | Tiada | Kenegaraan berdasarkan kumpulan etnik iaitu kumpulan manusia yang berasal dan mempunyai satu agama, bahasa, budaya serta keturunan yang sama dalam sesebuah negara. |
communal | perkauman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang dicirikan oleh unsur-unsur etnik seperti agama, bahasa dan budaya. Dalam pensegmenan ini, unsur perkauman akan membentuk nilai sosial yang dikenaIi sebagai subbudaya. Subbudaya ini akan mencorakkan pelbagai aspek kehidupan sosial seperti kekeluargaan, penempatan, bahasa, organisasi, pendidikan dan kegiatan ekonomi. Subbudaya yang dominan juga akan mempengaruhi hubungan sosial yang terjaIin antara satu etnik dengan etnik yang lain. Dalam masyarakat yang sebegini, institusi sosial yang terbentuk akan melambangkan identiti etnik masing-masing. Hal ini secara tidak langsung menjadikan struktur masyarakat didominasi oleh elemen perkauman serta akan mewujudkan sentimen dalam hubungan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tersebut. Situasi ini menjadikan struktur dan hubungan sosial masyarakat amat rapuh dan sensitif serta mudah mencetuskan konflik. Contohnya, kehidupan sosial, ekonomi dan politik India, Fiji dan Sri Lanka jelas berasaskan perkauman. |
ethnic cleansing | pembersihan etnik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan ganas dan ancaman yang bertujuan untuk menyingkirkan sesuatu kumpulan. Contohnya, serangan terhadap penduduk awam di sesebuah kawasan untuk mengusir mereka dari kawasan tersebut. Serangan itu dilakukan supaya dapat diwujudkan sebuah wilayah yang dihuni oleh manusia yang sama dari segi etnik, agama, budaya atau sejarah. Pembersihan etnik merupakan jenayah terhadap kemanusiaan. Istilah ini asalnya digunakan oleh pelaku dalam Peperangan Balkan. Dalam kes Karadzic, Tribunal Jenayah Antarabangsa bekas Yugoslavia menentukan kewujudan polisi pembersihan etnik berdasarkan pemisahan secara sistematik lelaki dan wanita bukan Serbia, pemenjaraan lelaki dan wanita bukan Serbia dalam pusat-pusat tahanan, pengeboman sesebuah bandar untuk mengusir penduduk bukan Serbia, dan penubuhan kem-kem yang menumpukan kepada perbuatan merogol, kehamilan paksa dan pelacuran paksa terhadap wanita-wanita bukan Serbia. |
plural society | masyarakat majmuk | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang mengandungi beberapa etnik yang dicirikan dengan kepelbagaian bahasa, budaya, agama dan tempat tinggal. Perbezaan etnik ini mengurangkan perhubungan antara satu dengan yang lain. Interaksi minimum hanya terdapat di pasar dalam urusan jual beli apabila mereka terpaksa bertemu. Jenis pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat ini juga terbahagi mengikut kaum. Walau bagaimanapun penduduk yang majmuk ini berada dalam satu pemerintahan dan mereka akur dengan kerajaan tersebut. Idea ini diperkenalkan oleh J.S. Furnivall yang mengkaji masyarakat Indonesia dan Burma ketika mereka masih berada dalam zaman penjajahan. Masyarakat majmuk menurut Furnivall ini tidak wujud lagi tetapi kepelbagaian tersebut masih terdapat dalam beberapa masyarakat yang memiliki beberapa etnik yang berbeza seperti Malaysia, Sri Lanka dan Fiji. Masyarakat ini tidak lagi berada dalam zaman penjajahan dan interaksi antara kaum juga sudah banyak bertambah. |
heterogenous society | masyarakat heterogen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen. |
ethnic | etnik | Geografi | Tiada | Tiada |
ethnic | etnik | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan di dalam budaya dan ciri-ciri fizikal. |
segregation | pengasingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemisahan yang dilakukan terhadap individu, kelompok dan petempatan. Pemisahan ini dilaksanakan dengan memindahkan kelompok yang sedia ada melalui suatu rancangan yang rapi berasaskan etnik, agama, warna kulit atau status sosial. Pemisahan ini dilakukan sama ada untuk kepentingan etnik tertentu, dasar warna kulit, layanan yang tidak sama atau untuk mengelak masyarakat ini bercampur antara satu sama lain. Contohnya, dasar Aparteid yang pemah diamalkan di Afrika Seletan yang mengasingkan penduduk kulit putih dengan kulit hitam. |
ethnic origin | asal etnik | Geografi | Tiada | Tiada |
ethnic minority | minoriti etnik | Geografi | Tiada | Tiada |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tabu dita Mr | sejenis tempayan besar yg berwarna biru putih. | Menempatkan Galeri Pameran kekal, termasuklah Galeri Etnografi yang mempunyai koleksi busana etnik, peralatan muzik dan pelbagai artifak milik pelbagai etnik masyarakat di Sabah. Koleksi Tembaganya diperoleh daripada warisan tinggalan nenek-moyang dahulu kala seperti tempayan dan tembikar termasuklah tajau tabu dita yang jarang ditemui, tempayan tembikar biru putih yang amat besar tinggalan Dinasti Qing pada abad ke-18. | Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
etnik | [ét.nik] | ايتنيک |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata etnik |
|
|