Kata |
Takrif |
Sumber |
daulat tuanku | a. berbahagialah tuanku. b. benar tuanku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daulat | 1 bahagia; kebahagiaan (pd raja yg memerintah). 2 benar; ya (digunakan utk raja). 3 kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan). ~ tuanku a. berbahagialah tuanku. b. benar tuanku. berdaulat 1 mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan): Malaysia merupakan negara yg ~. 2 bertuah; berbahagia. mendaulatkan menjadikan berdaulat; memberikan hak (kuasa dll). kedaulatan kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. pendaulatan perbuatan mendaulatkan: ~ undang-undang. pendaulat orang atau pihak yg mendaulatkan seseorang atau sesuatu: Mereka dianggap sbg ~ demokrasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
daulat tuanku | a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daulat dirgahayu | mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daulat | 1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (kekuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; mendaulatkan menjadikan berdaulat, mem-beri hak (kuasa dll), menjadikan berwibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru; kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi; ~ undang-undang kedudukan undang-undang sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat; pendaulatan perihal atau perbuatan mendaulatkan: ~ Bahasa Kebangsaan; pendaulat 1. bp orang yg mendaulat; 2. orang atau pihak yg mendaulatkan: kononnya negara itu dianggap sbg ~ demokrasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daulat | 1. bahagia; kebahagiaan (pd raja yg memerintah). 2. benar; ia (digunakan utk raja). 3. kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan). ~ tuanku a. berbahagialah tuanku. b. benar tuanku. berdaulat 1. mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan): Mereka merupakan negara yg ~. 2. bertuah; berbahagia. mendaulatkan menjadikan berdaulat; memberikan hak (kuasa dll). kedaulatan kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. pendaulatan perbuatan mendaulatkan: ~ undang-undang. | Kamus Pelajar |
andeka I | (andéka) (Sanskrit) daulat (tidak dipakai pd raja Islam); kena ~ ditimpa daulat, kena bencana kerana menderhaka kpd orang yg berkuasa; berandeka berdaulat: memang hakikatnya, raja berdaulat penghulu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ditimpa daulat | kena tulah (raja); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dolat | bp daulat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena andeka | ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
sovereign | daulat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa tertinggi yang tidak mempunyai batas sama ada merujuk kepada negara atau raja. Negara yang berdaulat adalah negara yang merdeka, tidak dijajah atau dikuasai pemerintahannya oleh sebarang kuasa luar. Ia bebas melaksanakan pemerintahan sendiri. Manakala daulat raja merujuk kepada kuasa luar biasa yang dimilikinya dan penderhakaan terhadapnya boleh membawa bencana. Pada masa dahulu, raja dipercayai sebagai utusan tuhan di muka bumi dan memiliki kekuatan luar biasa seperti boleh melihat benda yang gbaib. Konsep ini sering dikaitkan dengan usaha golongan istana untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan rakyat. Contohnya, kedudukan daulat Raja Melayu Melaka dahulu didakwa hasil daripada keturunan Iskandar Zulkarnain yang bermula dengan perjanjian antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun. |
metonymy | metonimi | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan kata yang menggantikan sesuatu benda dengan benda yang lain pada sifat yang ada. Contohnya, mahkota untuk monrki. Perkataan mahkota dalam contoh di atas membawa konotasi daulat, wibawa, istiadat, keagungan dan feudalisme. Contoh lain ialah bunga untuk wanita, kumbang untuk lelaki dan pentas untuk teater. Istilah metonimi berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna penukaran nama. |
sovereignty | kedaulatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan yang merdeka, berupaya menguruskan diri sendiri, dihormati dan bebas daripada gangguan atau campur tangan pihak lain. Walaupun kedaulatan sering merujuk kepada kedudukan sebuah negara yang merdeka dan bebas tetapi penggunaannya juga untuk melambangkan penghormatan kepada negeri, undang-undang dan perlembagaan seperti kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Negara yang merdeka dianggap berdaulat berbanding dengan negara yang masih dijajah. Contohnya, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat sejak mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat juga daulat. |
feudalism | feudalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
daulat | daulat. | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kampit, *kupit* MSb | sejenis perahu besar. | Nafasnya macam tersepit kepayahan, menatang daulat sebagi seorang Puteri Bangsawan Sulu. Dia menyandar lesu di perahu kampit yang menuju ke Laut Sulu. Tiba-tiba dia tersenyum pahit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
daulat | [dau.lat] | داولت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata daulat |
|
|