Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Kamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
bersempit-sempitduduk berasak-asak kerana sempit; bersesak-sesak: Bilik belakang masih lapang, jangan ~ di sini.Kamus Pelajar
penindas2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tempat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih.Kamus Pelajar
sempitbersempit-sempit duduk berasak-asak kerana sempit; bersesak-sesak: Bilik belakang masih lapang, jangan ~ di sini.Kamus Pelajar
jejalberjejal penuh hingga berasak-asak; penuh sesak:Orang ~ masuk ke Stadium Merdeka hendak menonton perlawanan bola sepak. menjejal memenuhi sesuatu; mengisi (sesuatu) hingga penuh: Beribu-ribu orang ~ Stadium Negara.Kamus Pelajar
himpitberhimpit, berhimpit-himpit berapat-rapat hingga tidak bersela lagi; berasak-asak; berdesak-desak: Para penumpang ~ menaiki bas. menghimpit 1. menindih dgn sesuatu yg berat; menekan dr kedua-dua belah sisi; mengapit; menyepit:Budak itu pengsan dihimpit oleh orang ramai. 2. ki menekan; menindas; menyusahkan: Penderitaan yg dirasainya kian ~. menghimpitkan menindihkan sesuatu; menekankan. terhimpit 1. sudah dihimpit; terapit; tersepit; tertindih: Benda itu ~ di celah kayu. 2. ki mengalami kesusahan; tertekan; tertindas: Kehidupannya ~ oleh kemiskinan. himpitan kesan drpd perbuatan menghimpit (menindih, menekan dll); asakan; tekanan.Kamus Pelajar
desakberdesak berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. berdesak-desakan berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. mendesak 1. mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2. menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3. hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4. menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5. penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6. mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~ nya supaya terus memencilkan diri. terdesak 1. terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2. tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak dia tidak pernah datang ke rumah. 3. terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. desakan 1. permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2. tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3. dorongan (yg kuat): Dia belajar bersungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. pendesakan perbuatan atau hal mendesak. pendesak orang yg mendesak.Kamus Pelajar
padat1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negara yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan.Kamus Pelajar
asak;berasak berdesak-desak kerana sangat banyak orang di sesuatu tempat; berhimpit-himpit; berjejal-jejal: Orang ramai ~ hendak membeli tiket wayang. mengasak 1. mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2. menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. asakan tolakan utk mengasak; desakan; himpitan.Kamus Pelajar
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berasak-asak