Permata ialah mineral atau bahan lain yang digunakan dalam barang kemas dan hiasan lain. Permata termasuk berlian, zamrud, baiduri, dan delima, serta permata yang dibuat di makmal dan permata tiruan lain yang dicipta secara artifisial. Apabila dilombong, kebanyakan batu permata asli mempunyai permukaan yang kasar dan bentuk yang tidak sekata. Pemotong permata yang mahir kemudiannya akan memotong dan menggilap batu- batu tersebut untuk menyerlahkan kecantikannya. |