Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ZAHIR BAYBARS, AL | Zahir Baybars, al ( ? 676 H/ ? 1277 M), sultan Mesir dan Syam. Nama penuhnya ialah Baybars al-Alaiy al-Bunduqdariy al-Salihiy Rukn al-Din al- Malik al-Zahir. Baginda melakukan beberapa penaklukan. Baginda juga memiliki pelbagai hikayat dan sejarah. | UMUM | |
MASJID ZAHIR | MASJID ZAHIR, masjid negeri Kedah. Masjid ini terletak di antara Jalan Pekan Melayu dengan Jalan Kampung Perak, Alor Setar. Kedudukan masjid ini bersetentang dengan Balai Besar Negeri. Tapak asalnya ialah tapak lama masjid negeri yang dibina sejak Alor Setar menjadi pusat pentadbiran negeri Kedah Darul Aman yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Syah II (1710-1778) pada tahun 1735. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, TUN | MOHAMED ZAHIR HAJI ISMAIL, Tun (1924 - 2004) ahli politik, Speaker Dewan Rakyat (sejak 1982). Dia lahir pada 19 Mac 1924 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincolns Inn, London hingga memperoleh Barrister-at-Law pada tahun 1955. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUSTASIM BILLAH, AL- | Mustasim Billah, al- (609 H.656 H./1212 M. 1258 M.), iaitu khalifah kerajaan Abbasiyyah di Baghdad yang terakhir. Nama penuhnya ialah Abdullah al-Mustasim billah ibn Mansur al- Mustansir Billah ibn Muhammad al-Zahir ibn Ahmad al-Nasir. Dia ialah cucu kepada Harun al- Rashid. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad. Dia dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan ayahnya pada tahun 640 H./1242 M., ketika bahaya sedang mengancam kerajaan Abbasiyyah dari segenap penjuru. | UMUM | |
METAFIZIK | Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya, berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan perbahasan yang terhad. | UMUM | |
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK | HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Quran dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Quran) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Quran kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata zahir |
|
|