Agama Buddha, salah satu agama dan tradisi  falfasah yang utama di dunia. Agama ini bermula  sejak kira-kira 2000 tahun di timur laut India  apabila Siddhartha Gautama menyampaikan  ajaran agama ini kepada orang lain. Dia juga  dikenali dengan nama Buddha (pengasas). Agama  ini berkembang ke seluruh India dan kemudian  berkembang ke utara, iaitu ke pergunungan  Himalaya dan terus ke China, Tibet, Korea dan  seterusnya Jepun. Agama ini juga berkembang ke  selatan, iaitu Sri Lanka, Thailand, Burma, Kemboja  dan Vietnam. Pada tahun 1900-an, agama ini  berkembang ke Eropah, Amerika Syarikat dan  Australia.  |