Menara Kuala Lumpur ialah menara komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian Berhad (MKLSB), iaitu sebuah anak syarikat TELEKOM Malaysia. |