Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NICHOLAS II | Nicholas II (1010?1061) dimahkotakan sebagai paus pada tahun 1059. Pemerintahannya terkenal kerana muktamar gereja Lateran tahun 1059, yang memperbaharui prosedur baru untuk memilih paus. Muktamar gereja menerbitkan dekri utama yang menyatakan bahawa biskop kardinal, pada hakikatnya akan mencadangkan seorang calon paus. Kemudian semua kardinal akan memilih, yang sebenarnya bermakna menerima, calon yang dicadangkan. | UMUM | |
DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU | DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU, dialek yang dituturkan oleh penduduk lebih kurang 60 buah kampung di Hulu Terengganu sebagai bahasa ibunda mereka. Kesemua kampung itu terletak di Lembangan Sungai Terengganu, iaitu di bahagian hulu kampung Kuala Telemong. Selain penutur dialek Hulu Terengganu (DHT), di daerah Hulu Terengganu itu terdapat juga penutur dialek lain, terutamanya di Kuala Berang, dan di Mukim Penghulu Diman, yang sebenarnya terletak di kawasan sistem pengairan Sungai Marang, bukan Sungai Terengganu. | BAHASA | Bahasa |
CHE' DOL | CHE DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ANAS K. HADIMAJA | ANAS K. HADIMAJA (1943 - ), penulis. Dia lahir pada 18 Februari 1943 di Parit Sungai Balai Darat, Bagan Datoh, Perak. Namanya yang sebenarnya ialah Tubagus Anas Muhammad Zan bin Haji Abdullah. | SASTERA | Konsep |
KEMBAR SIAM | Kembar siam yang dikenali juga sebagai kembar melekat ialah kembar yang bersambung pada bahagian tertentu di tubuh mereka. Kembar seperti ini biasanya bersambung pada pinggul, dada, abdomen, punggung, atau kepala. Ada juga yang berkongsi organ dalaman seperti jantung atau hati. Kembar siam ialah kembar seiras, iaitu pasangan yang mempunyai sifat genetik yang sama. Kembar siam berlaku kira-kira satu dalam 50 000 kelahiran. Hanya kira-kira 500 kes sahaja yang dilaporkan di seluruh dunia walaupun jumlah yang sebenarnya mungkin lebih daripada itu. | UMUM | |
SYAIR ALEGORI | SYAIR ALEGORI, syair yang disampaikan dalam bentuk perlambangan atau kiasan. Watak binatang, tumbuhan serta cakerawala menggantikan watak manusia dengan tujuan melindungi watak dan peristiwa yang sebenarnya. Penulis menyampaikannya dalam bentuk perlambangan kerana umumnya peristiwa itu berlaku di kalangan golongan bangsawan. Unsur simbolik biasanya digambarkan melalui penglihatan kesedaran manusia. Syair ini hanya dapat diutarakan sebagai simbolik dengan mengetahui maksud yang tersembunyi pada beberapa unsur di dalamnya. | SASTERA | Konsep |
DATO' MAHARAJA LELA | DATO MAHARAJA LELA PANDAK LIMO (? 1877), Orang Besar Kelapan Perak. Nama Dato Maharaja Lela yang sebenarnya ialah Pandak Limo bin Machang Lela Tun Mahmud. Dia ialah pembesar yang keenam dan terakhir menggunakan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putera. Selepas kematiannya, gelaran itu telah diubah kepada Orang Kaya Mahakurnia Indera Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NECKER, JACQUES | Necker, Jacques (17321804) ialah negarawan Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XVI. Apabila dia dilantik menjadi menteri kewangan Perancis pada tahun 1777 keadaan kewangan negara tidak seimbang. Keadaan semakin buruk selepas Perancis terlibat dalam Revolusi Amerika. Necker, ahli bank yang terkenal, meminjam wang dengan banyak, dan meneruskan semua kegiatan tanpa menaikkan cukai. Tindakannya ini hanya mampu menangguhkan masalah serius yang sebenar. Dia menimbulkan kemarahan di kalangan istana kerana menyiarkan buat pertama kalinya laporan tentang cara cukai dibelanjakan dan berapa banyak jumlah yang sebenarnya diberikan kepada golongan orang kesukaan istana. Dia meletakkan jawatan pada tahun 1781. | UMUM | |
TUN SABAN | TUN SABAN (1480-an 1550-an), pemerintah daerah hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Tempong, Tun Saban juga dikenali sebagai Tun Saban. Tun Saban dikatakan berketurunan raja Beruas. Ini berdasarkan anggapan bahawa raja Beruas yang telah dinobatkan oleh Sultan Mahmud pada awal abad ke-16 dahulu membawa gelaran Tun Aria Bija Diraja. Putera-putera baginda juga memakai gelaran Tun misalnya Tun Rana dan Tun Sayid. Bagaimanapun asal usul dan salasilah Tun Saban yang sebenarnya tidak dapat diketahui dengan jelas. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BERZANJI | BERZANJI, puisi yang tergolong dalam genre dikir atau zikir yang merupakan salah satu daripada 12 genre puisi Melayu tradisional. Perkataan berzanji dalam bahasa Melayu terdiri daripada perkataan Barzanji yang sebenarnya nama pengarang puisi tersebut, iaitu al-Saiyyid Jaafar al-Barzanji yang meninggal dunia pada tahun 1766. Keterangan tentang nama pengarang ini dijelaskan dalam barzanji nathar. Bagaimanapun berdasarkan bentuk dan isi, umum berpendapat barzanji nazam juga ditulis oleh pengarang yang sama. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang sebenarnya |
|
Peribahasa |
---|
| 415 Don't make a mountain out of a molehill Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius). Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. ''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said. ''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|