Ashurbanipal, yang juga dieja Assurbanipal , ialah raja besar Assyria yang terakhir. Selama pemerintahannya (668627 S.M.), Assyria menjadi kuasa dunia yang utama. Empayarnya termasuk Babylonia, Parsi, Syria, dan Mesir. Tetapi dalam pemerintahannya juga kuasa Assyria mula merosot. Pada tahun 651 S.M., orang Assyria diusir keluar dari Mesir. Perang saudara dengan Babylonia melemahkan lagi empayarnya, walaupun Assyria memenangi perang itu pada tahun 648 S.M., Ashurbanipal merupakan pahlawan yang digeruni dan penaung seni yang agung. Di istana dirajanya, baginda mengumpulkan satu koleksi besar tulisan Sumeria, Babylonia, dan Assyria. Perpustakaan yang terdiri daripada batu bersurat daripada tanah liat ini, kini tersimpan di Muzium British, merupakan panduan yang paling baik tentang sejarah Mesopotamia. Lihat juga Dunia, Sejarah (gambar). |