Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DAULAT | DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, daulatun. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DERHAKA | DERHAKA, istilah sosiobudaya dan budaya politik masyarakat Melayu yang bermaksud menafi, menentang, membantah, menidakkan atau melakukan perbuatan atau tindakan kontra terhadap pihak yang lebih tinggi taraf atau kedudukan batang tubuh serta peribadi seseorang, pemegang kuasa atau wibawa dalam sesebuah organisasi sehingga ke peringkat kerajaan, negeri dan negara. Bertentangan dengan derhaka adalah patuh, taat dan setia kepada pihak berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ANUGERAH | ANUGERAH, pemberian yang berupa hadiah yang terbesar dan tinggi nilainya. Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit nugeraha atau anugeraha. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
|
|