Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABDUL WAHID OTHMAN | ABDUL WAHID OTHMAN (1910-1990), ulama. Dia lahir di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Dia kenali juga dengan panggilan Lebai Wahid Sungai Udang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
WAHID SATAY | WAHID SATAY (1930- ), pelawak dan pelakon filem. Nama sebenarnya ialah Abdul Wahid Ahmad. Dia lahir di Inderagiri, Riau, Indonesia tetapi dibesarkan di Singapura. Wahid Satay pernah bekerja sebagai kelasi kapal, kemudian pelukis latar filem dengan Studio Cathay Keris. Di samping melukis, dia berlakon filem secara sambilan. | BUDAYA | Tokoh |
KIAI HAJI ABDUL WAHID HASJIM | Kiai Haji Abdul Wahid Hasjim (19141953) ialah ulama dan ahli politik terkenal Indonesia. Dia menyertai gerakan kemerdekaan Indonesia dan membuat perubahan radikal dalam kalangan pesantren dengan memberi pelajaran bahasa asing seperti bahasa Arab. | UMUM | |
AINUDDIN ABDUL WAHID, TAN SRI | AINUDDIN ABDUL WAHID, Tan Sri (1929- ), Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia yang pertama (1972-1990). Dia lahir di Teluk Intan, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MAHMUD WAHID | MAHMUD WAHID (1903 1992), penglipur lara. Dia juga dikenal sebagai Awang Belanga atau Awang Batil. Dia lahir pada tahun 1903, di Kampung Gunung, Utan Aji, Perlis dan menetap di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis. Walaupun berpendidikan setakat Darjah Tiga sekolah Melayu, Mahmud boleh menulis, membaca Jawi dan bertutur dalam bahasa Siam. Ayahnya pemain makyung, yang berasal dari Kampung Pulau Pisang, Jitra, Kedah, manakala ibunya berasal dari daerah Setol, selatan Thailand. Mahmud meninggalkan sekolahnya kerana berminat kepada jikey. | BUDAYA | Tokoh |
ZAINAL ABIDIN ABDUL WAHID, DATUK | ZAINAL ABIDIN ABDUL WAHID, Datuk (1933- ), sarjana sejarah. Dia lahir pada 14 Mei 1933 di Teluk Anson (kini Teluk Intan), Perak. Pendidikannya bermula di Sekolah Melayu Teluk Anson, kemudian di Sekolah Anglo-Chinese Teluk Anson (1946-1951). Kemudian dia melanjutkan pengajiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PIAGAM JAKARTA | PIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata wahid; |
|
|