Muamalat ialah apa sahaja yang berlaku di kalangan manusia yang berkaitan dengan urusan kewangan, jual beli, penarikan balik perjanjian dan perkongsian syarikat. Jual beli ialah pemindahan atau tukaran hak milik sesuatu barangan seperti pakaian, rumah dan tanah kepada orang lain atau orang kedua. Jual beli mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah memberi sewa. Penyewaan ialah menjual sesuatu barang yang bermanfaat seperti rumah dan lain-lainnya dalam suatu tempoh masa tertentu dengan kadar bayaran yang tertentu. Riba pula ialah menjual harta dengan harta yang sama jenis dengannya mengikut kadar penambahan tertentu. Ia termasuk dalam jual beli yang haram. Pendermaan pula ialah pemindahan hak milik barangan seperti hadiah dan pemberian sedekah. |