Subkiy, Taj al-Din al- (727771 H. / 13271370 M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafii. Nama penuhnya ialah Abd al-Wahab ibn Ali ibn Abd al- Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan menuntut ilmu daripada alim ulama di sana. Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya sendiri Ali ibn Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa. Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18 tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa. Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab. Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawaid al- Mushtamalah ala al-Ashbah wa al-Naza ir Tabaqat al-Shafiiyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al- Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jamu al-Jawami` Fi Usul al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Mana al-Mawani. Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik. |