Terman, Lewis Madison (18771956) ialah ahli psikologi Amerika yang menjadi terkenal kerana kajiannya tentang kecerdasan. Pada tahun 1916, ketika mengajar di Stanford University di California , Amerika Syarikat, Terman mengkaji semula ujian kecerdasan Binet-Simon yang ditulis dalam bahasa Perancis yang digunakan oleh para pelajar yang berbahasa Inggeris. Ujian yang dikaji semula ini, yang umumnya dikenal sebagai ujian Stanford-Binet, menjadi salah satu ujian yang digunakan dengan meluas untuk menguji keupayaan belajar. Terman bersama-sama dengan Maud A. Merrill, seorang lagi ahli psikologi dari Stanford, membuat dua lagi kajian semula ujian tersebut. Hasil kajian mereka diterbitkan pada tahun 1937 dan tahun 1960. |