Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Masudi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Marifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matbaah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matbaah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
TUAN HUSSAIN KEDAH | TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Masudi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR | MOHAMMED YUSOF ABU BAKAR (1930- ), penulis khat. Dia lahir pada 14 Oktober 1930 di Bachok, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tawang (1939) dan Sekolah Melayu Bachok (1941). Kemudiannya dia menyambung pelajarannya di Madrasah al-Muhammadiyah al-Arabiyah di Kota Bharu (1942-1949). Dia juga mendapat Sijil Perguruan di al-Maahad al-ilmi al-Suudi, Makkah (1954). Di samping itu, dia mengikuti pelajaran agama dan bahasa Arab di Masjidilharam. Pada tahun 1956, dia ke Mesir dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sastera, di Universiti Kaherah. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab pada tahun 1961. | BUDAYA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata udi; |
|
|