Nabi Idris a.s. ialah salah seorang daripada nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Nama Nabi Idris disebut di dalam al-Quran sebanyak dua kali. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab (al-Quran) ini perihal Nabi Idris, sesungguhnya adalah dia amat benar (tutur katanya dan imannya) serta dia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya. (Surah Maryam 19:5657) Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: Dan (demikianlah pula) nabi-nabi Ismail, Idris dan Dhulkifli semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. (Surah al-Anbiya 21:85) |