Scarlatti, Domenico (16851757), penggubah Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk alat keyboard awal yang dikenali sebagai hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata, konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi permainan keyboard yang terkemudian. Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini termasuk penyilangan tangan dengan kerap, arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan ulangan not dengan cepat. |