Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak mempunyai tumit dan muat-muat dipakai. Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya memanjang hingga ke lutut. |