Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BATUAN TUKUP | Batuan tidak telap yang menukup reservoir petroleum. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
TUKUP GAS | Cara sesuatu daya menolak keluar minyak atau gas dari dalam reservoir ke telaga. Mekanisme perolehan juga digunakan dengan maksud yang sama kerana pacuan menghasilkan perolehan minyak. Pelbagai jenis mekanisme pacuan wujud tetapi secara am boleh dibahagi kepada semula jadi dan buatan. Pacuan semula jadi ialah pacuan gas larutan, pacuan tukup gas, pacuan air, pacuan graviti, dan pacuan kemampatan. Pada asalnya, tekanan dalam telaga dan seluruh formasi berada pada tekanan asal Pi. Apabila telaga dibuka, tekanan dalam telaga turun menyebabkan minyak mengalir ke dalam telaga kerana perbezaan tekanan. Minyak yang tertinggal akan mengalami kejatuhan tekanan menyebabkan minyak dan gas yang larut mengembang dan menolak minyak ke arah telaga. Daya tolakan ini disebabkan pengembangan gas larutan atau pacuan jenis gas larutan....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tukup |
|
|