September ialah bulan kesembilan dalam setahun menurut kalendar Gregory yang kini digunakan hampir di seluruh dunia. September merupakan bulan ketujuh dalam kalendar lama Rom purba dan namanya berasal daripada perkataan Latin, Septem yang bermaksud tujuh . Kemudian September menjadi bulan kesembilan apabila orang Rom purba menggerakkan permulaan tahun mereka dari 1 Mac kepada 1 Januari. September mempunyai 29 hari, 31 hari, dan 30 hari sejak zaman maharaja Rom Augustus. |