Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NORRIS, FRANK | Norris, Frank (18701902), novelis dan wartawan Amerika dan pemimpin gerakan alamiah. Norris percaya bahawa sesebuah novel harus berfungsi untuk tujuan moral. Novel dengan tujuan, jelasnya, menarik perhatian orang ramai tentang tragedi dan kepiluan orang lain dan membuktikan bahawa ketidakadilan, jenayah, dan ketidaksamaan hak memang wujud. | UMUM | |
BAHASA BUATAN | Bahasa buatan ialah bahasa yang dicipta oleh manusia untuk tujuan-tujuan tertentu. | BAHASA | Konsep |
SENI KOMERSIAL | Seni komersial termasuk beberapa jenis seni yang digunakan untuk tujuan perniagaan. Ia sering dikenali sebagai seni pengiklanan , kerana banyak seni komersial digunakan untuk tujuan menjual keluaran dan perkhidmatan. Seni komersial berbeza daripada seni halus atau seni asli, seperti satu lukis dan seni arca, kerana ia mesti dihasilkan semula dengan kaedah mencetak atau kaedah lain. | UMUM | |
TIANG | Tiang adalah unsur seni bina yang tegak bebas. Apabila digunakan untuk tujuan struktur, tiang kerap disusun berderet untuk membolehkan ketebalan dinding dikurangkan dengan menyokong berat dari atas. Sesetengah tiang yang didirikan untuk tujuan hiasan atau peringatan, merupakan satu sahaja. Tiang dibina daripada pelbagai bahan termasuk kayu, batu, bata, logam dan konkrit. | UMUM | |
SURAT-MENYURAT | Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi bertulis. Orang menulis surat untuk urusan perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus niaga umumnya lebih rasmi daripada surat peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk jualan menjual barangan dan surat peringatan. Surat peribadi termasuk surat kiriman antara anggota keluarga atau sahabat, surat undangan, dan nota ucapan terima kasih. | UMUM | |
BIOTRANSFORMASI | Penggunaan enzim atau sel-sel mikrob bagi tujuan menukarkan sesuatu sebatian kepada produk-produk yang bernilai secara penstrukturan yang tertentu. | KEJURUTERAAN | Konsep |
ATLANTIC CHARTER | Atlantic Charter (Piagam Atlantik) menyatakan tujuan Amerika Syarikat dan Great Britain selepas Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill menerima pakai perisytiharan ini pada bulan Ogos 1941 dalam satu persidangan di atas kapal dekat pantai provinsi Newfoundland, Kanada. Teks lengkap piagam ini diberikan di bawah. | UMUM | |
PERANG SARAF | Perang saraf menggunakan propaganda untuk mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh digunakan sebelum perang untuk mencegah meletusnya peperangan ataupun semasa perang untuk memenanginya. Sesebuah negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan negara musuh bahawa mereka tidak akan menang jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan pasukan tentera musuh bahawa perjuangan mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin. Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh untuk berperang. | UMUM | |
PENEBUSGUNAAN | Proses menjadikan kawasan yang telah rosak boleh digunakan semula bagi tujuan yang produktif. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
METANOL | Metanol ialah sejenis alkohol yang digunakan untuk banyak tujuan perindustrian. Ia juga dinamakan metil alkohol atau alkohol kayu. Metanol ialah sebatian organik yang jernih, tidak berwarna, ia mudah terbakar dan sangat beracun. Meminum atau menyedut wasapnya untuk tempoh yang lama, boleh menyebabkan buta atau kematian. Ia juga berbahaya kepada kulit. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tuju | | Kata Terbitan : bersetuju, mempersetujui, menyetujukan, mempersetujukan, persetujuan, menuju, menujui, menujukan, tujuan, bertujuan, |
|
Puisi |
---|
|
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.
Lihat selanjutnya... |
|