Perth (pend. 1 143 265) ialah ibu negeri dan pusat perniagaan Australia Barat. Bandar ini terbentang di sepanjang dataran di antara Lautan Hindi di barat dan bukit bukau Tubir Darling di timur. Perth terletak 3352 kilometer dari Sydney. Kira-kira 70 peratus penduduk Australia Barat tinggal di Perth. |