Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUNDEW | Sundew ialah tumbuhan luar biasa yang memerangkap dan menghadam serangga. Ia mendapat namanya yang bermakna embun matahari kerana titik-titik bendalir melekit, yang dikeluarkan oleh kelenjar pada daunnya. Dalam cahaya matahari, titik-titik bendalir ini berkilau seperti titik-titik embun. Sundew tumbuh di rawa dan rawang di seluruh dunia. Sundew biasa atau sundew berdaun bulat, adalah spesies yang paling meluas tersebar. Ia tumbuh subur di tanah yang lembap, berasid di seluruh Hemisfera Utara. Australia mempunyai lebih daripada 55 spesies sundew. Kebanyakannya hanya tumbuh di Australia Barat. | UMUM | |
SUDUT | Sudut, dalam geometri satah, ialah rajah yang dibentuk oleh dua sinar yang mempunyai titik hujung yang sama. Satu sinar adalah sebahagian daripada satu garisan yang menganjur secara tidak pasti ke satu arah dari satu titik. Titik tempat sinar sesuatu sudut bertemu dinamakan bucu, dan kedua-dua sinar itu sendiri dikenali sebagai sisi. | UMUM | |
STATIK | Statik ialah istilah bagi gangguan pada penerima radio atau televisyen, yang biasanya disebabkan oleh elektrik atmosfera. Statik boleh berlaku dalam bentuk bunyi geresek dan berkeriut yang didengar di radio dan titik-titik putih yang dilihat pada gambar televisyen. | UMUM | |
AZIMUT | Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 ° ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut. Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S 135 ° B. | UMUM | |
SWISS | Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh. Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron dan langsir. | UMUM | |
TANDA TITIK BERTINDIH | Tanda titik bertindih ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai: Fungsi utamanya adalah untuk memisahkan pengenalan daripada apa yang diperkenalkan: senarai, petikan panjang, ilustrasi, atau penerangan. Tanda titik bertindih paling kerap digunakan apabila kata yang mendahuluinya membentuk ayat lengkap, seperti dalam ayat kedua rencana ini. Terdapat dua kekecualian. Tanda titik bertindih boleh digunakan untuk mengakhiri pembukaan surat perniagaan formal, dan ia boleh digunakan selepas tajuk utama sesuatu garis kasar. Lihat juga Tanda baca. | UMUM | |
NADIR | Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini, betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan penghujung garisan ladung yang kita bayangkan tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90° darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit. | UMUM | |
TITIK JARUM | Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet, upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik jarum pernah dikenali sebagai dewangga. Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas. Penyulam menggunakan jarum dewangga yang tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben. Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas permukaan jejaring. | UMUM | |
TITIK BUTA | Titik buta ialah suatu kawasan kecil kebutaan yang wujud di medan penglihatan mata yang normal. Medan penglihatan merujuk kepada segala yang dilihat oleh seseorang di hadapan dan di tepi sambil melihat secara tetap kepada apa-apa objek. | UMUM | |
PUSAT GRAVITI | Pusat graviti ialah titik pada sesuatu objek di mana daya graviti kelihatan bertindak. Jika sesuatu objek digantung dari mana-mana titik pada garis tegak yang melalui pusat gravitinya, objek tersebut akan tetap pegun. Tetapi jika pusat graviti condong kepada sebelah titik yang di sekelilingnya objek boleh berputar, objek itu akan berputar mengikut arah itu. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| titik (kata nama) | Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;, | | Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak itik jatuh ke pantai, Memakan jambu anum; Liur titik gugur ke lantai, Melihat balu orang lagi anum.
Lihat selanjutnya... |
|