Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah satu penemuan kimia yang paling penting. Ia merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan. |