Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan saling berhubungan antara satu dengan lain, dan dengan persekitarannya. Mereka mencari pola yang akan menolongnya memahami dan meramalkan tingkah laku, dan mereka menggunakan kaedah saintifik untuk menguji ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat menolong manusia memenuhi potensi sebagai manusia, dan meningkatkan pemahaman antara individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan. |